Seorang guru besar sebuah sekolah menjadi korban keganasan di Karachi, Pakistan.

Mangsa maut selepas dua lelaki bermotorsikal bertindak membaling bom dan melepaskan tembakan ketika majlis penyampaian hadiah sedang berlangsung.

Sekurang-kurangnya enam pelajar yang berusia antara 8 hingga 10 tahun cedera dalam insiden berkenaan.

Penyerang dikatakan melepaskan tembakan lebih lima minit dan menyebabkan pelajar dan mangsa lari bertempiaran.

Sebelum itu mereka sedang menunggu di luar sebuah sekolah swasta untuk menerima keputusan peperiksaan tahunan dan dipertonton dengan persembahan silap mata.

Pengetuanuya dilapor meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Setakat ini tiada mana-mana pihak mengaku mendalangi perbuatan.