LETUSAN gunung berapi Mayon di Filipina menyebabkan 18,000 penduduk tempatan terjejas.
Mereka terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat untuk beberapa bulan seterusnya kerana kesan letusan dijangka akan berlarutan dalam tempoh yang lama.
Gunung berapi Mayon terletak di wilayah Albay di timur laut yang dihuni rata-rata komuniti desa.
Kawasan penempatan penduduk berjarak 6 kilometer dari kawasan kawah gunung berapi tersebut.
Tahap aktif gunung berapi Mayon diklasifikasikan di tahap peringatan ketiga.
Kerajaan Filipina juga menjangkakan satu lagi letupan dahsyat bakal berlaku dalam beberapa minggu mendatang.
Dalam pada itu, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr mengarahkan bantuan kecemasan dan perlindungan disalurkan kepada penduduk terjejas.
Gunung berapi setinggi 2,462 meter (bersamaan 8,077 kaki) ini adalah salah satu pusat pelancongan terkenal di Filipina namun merupakan gunung berapi paling aktif di antara 24 gunung berapi yang diketahui di negara tersebut.
Gunung ini terakhir meletus pada tahun 2018, mengakibatkan puluhan ribu individu terjejas.
Astro Awani
Wed Jun 14 2023
Lahar dilihat mengalir dari gunung berapi Mayon di Daraga, Filipina. - Foto REUTERS
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Deklarasi Kuala Lumpur komitmen penjawat awam sokong penuh agenda reformasi - KSN
Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam.
Gunung Berapi Mayon: 1,600 penduduk alami jangkitan pernafasan di Filipina
Sekurang-kurangnya 1,624 orang yang hilang tempat tinggal akibat Gunung Berapi Mayon di Filipina dilaporkan mengalami jangkitan pernafasan akut.
20,000 penduduk terjejas letusan gunung berapi di Filipina
Letusan itu telah menjejaskan lebih 38,000 penduduk dan lebih 20,000 penduduk ditempatkan di 27 pusat pemindahan.
Ancaman letusan gunung berapi, ribuan penduduk Filipina dipindahkan
Gunung Berapi Mayon yang terkenal dengan bentuk kon yang sempurna, menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh.