JAKARTA: Gunung berapi Karangetang di Pulau Siau di luar pantai Sulawesi Utara Indonesia meletus pada pagi Isnin, menyaksikan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan dan pelancong supaya menjauhi kawasan itu.
Ketua Agensi Geologi negara Sugeng Mujiyanto dalam satu kenyataan berkata gunung berapi yang mempunyai dua kawah aktif itu meletuskan abu panas sejauh dua kilometer (km) ke tenggara, lapor Xinhua.
Beliau meminta penduduk dan pengunjung supaya tidak menjalan sebarang aktiviti dalam radius 2.5-3.5 km dari kawah memandangkan "aliran lava dan asap panas yang berbahaya".
Pihak berkuasa Indonesia telah menaikkan amaran kepada tahap tiga dalam sistem empat peringkat di gunung berapi setinggi 1,784 meter sejak Mei, berikutan aktiviti gunung berapi yang semakin aktif.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
![Gunung berapi Karangetang di Indonesia meletus Gunung berapi Karangetang di Indonesia meletus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688983423_TBKARANGETANG.jpg)
Gunung berapi yang mempunyai dua kawah aktif itu meletuskan abu panas sejauh 2km ke tenggara. -Twitter GeoSide @jehensa
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Gunung berapi Karangetang di Indonesia meletus Gunung berapi Karangetang di Indonesia meletus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688983423_TBKARANGETANG.jpg)
Gunung berapi Karangetang di Indonesia meletus
Gunung berapi yang mempunyai dua kawah aktif itu meletuskan abu panas sejauh 2km ke tenggara.