JAKARTA: Gunung Berapi Dukono di bahagian timur Indonesia meletus pagi Rabu, mendorong pihak berkuasa menasihatkan penduduk dan pelancong supaya mengelak sebarang aktiviti dalam lingkungan dua kilometer dari gunung berapi itu.
Selain itu, penduduk berhampiran kawah Malupang-Warirang di Halmahera Utara, sebahagian daripada Kepulauan Maluku, dinasihatkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko ancaman masalah pernafasan, menurut agensi volkanologi Indonesia (PVMBG).
"Letusan berkala mengeluarkan abu gunung berapi mencecah ketinggian antara 100-1,900 meter dengan tebaran abu mengikut arah dan kelajuan angin," kata agensi itu dalam satu kenyataan.
Walaupun kekerapan letusan berkurangan, data rakaman gegaran PVMBG menunjukkan tanda-tanda bekalan magma meningkat ke permukaan. Sehingga kini, tahap aktiviti gunung berapi kekal pada tahap II atau 'Alert' (bersiap-sedia).
Menurut Ketua Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Halmahera Utara, Hence Heteria, letusan Dukono bermula pukul 8 malam waktu tempatan pada 8 Okt lepas, selepas berlaku bunyi dentuman dan letupan kuat.
"Letusan itu menyebabkan hujan abu gunung berapi meliputi empat mukim setakat ini," katanya.
Empat mukim yang terdedah kepada abu gunung berapi itu termasuk Tobelo Utara, Tobelo, Tobelo Tengah dan Tobelo Selatan, melibatkan 49 kampung dan menjejaskan 86,197 penduduk.
Beliau bekata letusan itu tidak memberi kesan ketara kepada masyarakat, namun pihak berkuasa tetap bersiap sedia mengedarkan 8,000 hingga 10,000 pelitup muka sehari.
Gunung Dukoni setinggi 1,087 meter dari aras laut, mempunyai dua kawah aktif, termasuk Malupang-Warirang yang menjadikannya antara gunung berapa paling aktif dan kerap meletus sehingga kini.
Ia meletus pada skala yang lebih kecil pada tahun 1719, 1868, dan 1901 dan secara berterusan meletus sejak 1933, menyebabkan kerosakan tanpa kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Pihak berkuasa menasihatkan penduduk dan pelancong supaya mengelak sebarang aktiviti dalam lingkungan dua kilometer dari gunung berapi itu. - Bernama
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Gunung berapi Lewotobi Indonesia: 124 Rakyat Malaysia lapor keberadaan di Labuan Bajo
Seramai 124 rakyat Malaysia telah melaporkan keberadaan di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur setakat Rabu, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Indonesia laksana tindakan segera bantu pelancong terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi
Kementerian Pelancongan Indonesia bertindak pantas dengan mengaktifkan Pusat Maklumat Pelancongan (TIC) melalui Badan Pelaksana Labuan Bajo Flores (BPOLBF).
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Gunung Marapi Indonesia meletus
Letusan berlaku pada 8.54 pagi waktu Jakarta, dengan abu tersebar ke arah timur dan timur laut kawah.
Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Status aktiviti gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur telah dinaikkan daripada tahap III ke IV.
6 maut dalam letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Gunung Lewotobi Laki-Laki, gunung berapi aktif di pulau Flores, timur Indonesia meletus awal pagi Isnin, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di sebuah perkampungan terpencil.
Gunung berapi Nyamulagira meletus
Letusan itu menyebabkan lava keluar dari kawah gunung dan mengalir ke arah utara, barat dan barat daya, kata pengarah saintifik OVG Charles Balagizi.
Gunung Merapi di tengah Indonesia keluarkan 21 aliran lahar ke arah barat daya
Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi gesa orang ramai elak sebarang aktiviti di zon bahaya.
Letusan 'phreatic' kecil direkodkan semula di Gunung Berapi Taal
Letusan itu direkodkan pada pukul 12.39 tengah hari dan menghasilkan kepulan setinggi 2,400 meter.
Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina
Gunung Kanlaon mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam lalu.