GOOGLE Photos kini menawarkan rangkuman dan rumusan gambar kepada para pengguna lebih kurang seperti “Spotify Wrapped”, dalam beberapa kategori berbeza – untuk perkongsian sepanjang 2024.

Dengan langkah ini, pengguna boleh melihat kembali kepada memori dan nostalgia menarik mereka sepanjang tahun ini.

Untuk mengaksesnya, anda hanya perlu membuka Google Photos, dan rangkuman berkenaan diperlihatkan pada bahagian atas aplikasi – dalam bentuk seumpama Stories.

Pengguna boleh melihat rangkuman kembali untuk 2024, selain melihat perkongsian mengikut warna gambar yang paling banyak, gambar-gambar senyuman, perkongsian wajah paling banyak, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan Google Photos di Android dan iOS, boleh menyemak rangkuman anda hari ini, dan melihat kembali memori anda sepanjang 2024 ini.