SUNDAR Pichai kini berkongsi menyatakan angka pelanggan berbayar untuk Google One kini telah pun melangkaui 100 juta pelanggan.
Perkongsian pencapaian terbaharu ini hadir selepas pengenalan sokongan Gemini Advanced – iaitu pembantu maya berasaskan kecerdasan buatan berbayar.
Google One merupakan perkhidmatan yang menawarkan storan berbayar tambahan bermula 100GB kepada pengguna, selain turut hadir dengan ciri tambahan seperti pada Google Photos dan sebagainya.
Pengguna yang inginkan akses kepada Gemini Advanced pula, perlu melakukan langganan berbayar berharga RM97.99 sebulan, yang turut hadir dengan akses storan 2TB bersama dengannya.
CEO Google menyasarkan untuk mengekalkan momentum untuk terus meningkatkan pengguna berbayar platform tersebut dengan pengenalan ciri kecerdasan buatan yang dilancarkan baru-baru ini, iaitu Gemini Advanced. -Amanz
Amanz
Sun Feb 11 2024
![Google One kini melangkaui 100 juta pelanggan berbayar Google One kini melangkaui 100 juta pelanggan berbayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707621552_TBGoogleOne.jpg)
Google One merupakan perkhidmatan yang menawarkan storan berbayar tambahan bermula 100GB kepada pengguna, selain turut hadir dengan ciri tambahan seperti pada Google Photos dan sebagainya. -Twitter Sundar Pichai
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Google Photos beri 10 ciri suntingan berbayar secara percuma Google Photos beri 10 ciri suntingan berbayar secara percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716432631_googlephotos.jpg)
Google Photos beri 10 ciri suntingan berbayar secara percuma
Ciri ini boleh digunakan percuma pada peranti Android dan juga iOS sejak Rabu tetapi diberikan secara berperingkat.
![Google One kini melangkaui 100 juta pelanggan berbayar Google One kini melangkaui 100 juta pelanggan berbayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707621552_TBGoogleOne.jpg)
Google One kini melangkaui 100 juta pelanggan berbayar
Perkongsian pencapaian terbaharu ini hadir selepas pengenalan sokongan Gemini Advanced iaitu pembantu maya berasaskan kecerdasan buatan berbayar.