PAGI semalam telah kami laporkan yang Gemini Deep Research sedia digunakan semua pengguna akaun Google tanpa memerlukan langganan Google One AI Premium.


Ringkasan AI
  • Gemini Deep Research kini boleh digunakan oleh semua pengguna akaun Google tanpa memerlukan langganan Google One AI Premium.
  • Gemini akan mengakses sejarah perbualan dan belajar daripada jawapan silam untuk memberikan maklum balas yang lebih tepat dan sesuai dengan gaya pengguna.
  • Ciri Gemini Live with Video, yang membolehkan Gemini melihat persekitaran melalui kamera, masih belum tersedia.


Ciri baharu ini melakukan kajian untuk pengguna dan akan mengambil masa yang lama. Namun selepas selesai, pengguna boleh tanya pelbagai soalan atau terus dapatkan fail dokumen mengenai kajian tadi.

Selain itu, Google turut mengemas kini kemampuan Gemini agar pengguna dapat maklum balas yang lebih tepat.

Untuk itu, Gemini kini akan mengakses sejarah perbualan sebelum dan akan menjana jawapan dengan tona bahasa atau gaya menjawab yang lebih pengguna gemari.

Selain itu, Gemini turut akan belajar daripada jawapan silam mereka dan berdasarkan maklum balas pengguna agar ia boleh menjawab mengikut kehendak pengguna.

Satu ciri yang masih belum tiba adalah Gemini Live with Video, iaitu ciri seakan ChatGPT di mana pengguna boleh membuka Gemini sambil kamera aktif untuk ia melihat apa yang berlaku di persekitaran. -Amanz