SANLIURFA: Ia mungkin tidak semasyhur Piramid Giza di Mesir mahupun Stonehenge di England, tetapi Gobeklitepe di Sanliurfa, Turki adalah sebuah ‘projek impian’ atau ‘syurga’ terbaharu buat para ahli arkeologi dari serata dunia.
Terletak di atas puncak bukit di wilayah tenggara bumi Anatolia, Gobeklitepe bermaksud Potbelly Hill dalam bahasa Turki kerana bentuknya yang kelihatan dari sisi seperti perut manusia buncit.
Gobeklitepe ditemukan pada 1963 oleh Halet Cambel dan Robert Braidwood melalui projek usahasama Universiti Istanbul dan University of Chicago.
Bagaimanapun, ketika itu mereka tidak melihatnya sebagai satu penemuan luar biasa.
Hanya sekitar 1995, kerja-kerja ekskavasi serius bermula yang membawa kepada penemuan besar pada tahun berikutnya oleh ahli arkeologi Jerman, Profesor Klauss Schmidt.
Schmidt mendapati dan percaya bahawa Gobeklitepe adalah sebuah pusat aktiviti sosial tertua di dunia setakat ini, terbina ketika Zaman Batu Baharu atau Neolitik, kira-kira 10,000 sebelum Masihi atau sekitar 12,000 tahun yang lalu.
Ini bermakna ia dipercayai telah dibina kira-kira 7,000 tahun lebih awal sebelum pembinaan piramid dan Stonehenge, malah sebelum terciptanya seni penulisan mahupun roda untuk pergerakan manusia serta pengangkutan.
Mengapa monumen ini dibina?
Sebelum ini, umum memahami bahawa manusia zaman Neolitik adalah sekadar pemburu yang hidup nomad atau berpindah-randah.
Namun, penemuan Gobeklitepe memberi gambaran baharu yang lebih jelas tentang gaya hidup mereka. Monumen ini memberi petunjuk yang mereka sebenarnya hidup dalam sebuah masyarakat yang mempunyai sistem organisasi sosial dan pengawasan kerja yang teratur.
Pakar arkeologi dari Universiti Istanbul, Profesor Mehmet Ozdogan yang ditemui pada simposium Tas Tepeler, The Land of Grand Transformation berkata, secara amnya penemuan baharu itu memperbetulkan naratif peradaban manusia di zaman Neolitik yang diketahui sebelum ini, sekurang-kurangnya di kawasan Gobeklitepe itu.
“Kumpulan pemburu adalah sebuah komuniti yang ringkas dan tidak terlalu kompleks, berbeza dengan komuniti yang membina Gobeklitepe.
“Mereka adalah masyarakat yang mula tinggal setempat dan mempunyai struktur organisasi komuniti yang sangat tersusun.”
Ketua Penyelidik dan Kerja Lapangan di Gobeklitepe, Dr Lee Clare pula tidak melihat struktur ini sebagai sebuah tempat pemujaan semata-mata tetapi lebih kepada medan pelbagai aktiviti.
Katanya, ia bukan sahaja tertakluk kepada satu komuniti sahaja tetapi menjadi tempat pertemuan pelbagai kumpulan pemburu yang berbeza dari kawasan sekitarnya.
Begitupun kata Dr Lee, masih terlalu awal untuk menyimpulkan adakah ini merupakan permulaan tamadun terawal dunia kerana masih terlalu banyak yang belum diteroka dan dikaji dengan terperinci.
Ini kerana setakat hari ini, hanya lebih kurang 10 peratus sahaja dari kemungkinan keluasan keseluruhan tapak ini telah diekskavasi.
“Setiap tahun, pasti ada penemuan baharu kerana kawasan ini luas dan masih belum diterokai sepenuhnya,” jelasnya.
Siapa yang membinanya?
Persoalan siapa yang membinanya datang daripada fakta di mana tiada atau masih belum menemukan sebarang kesan penempatan purba dijumpai di sekitar Gobeklitepe.
Cuma ukiran simbol binatang yang terdapat pada tiang-tiang batu berbentuk ‘T’ itu menjadi petunjuk awal dari mana penempatan sebenar kumpulan pemburu ini kerana ekspresi ikonografi yang sama turut ditemukan di beberapa lagi kawasan di sekitar wilayah ini.
Melihat kepada strukturnya, boleh dianggap ia memerlukan tenaga kerja yang besar. Barang kali dipercayai ia dibina bersama oleh beberapa kumpulan pemburu dari penempatan berbeza yang hidup sekitar lingkungan 200 km dari Gobeklitepe.
Ketika ini kerja ekskavasi terus giat dijalankan untuk mencari artifak-artifak lain dalam usaha kita memahami dengan lebih lanjut tentang kehidupan manusia pada zaman Neolitik.
Diiktiraf UNESCO sebagai Khazanah Dunia
Diiktiraf sebagai Khazanah Dunia oleh UNESCO pada 2018, Gobeklitepe boleh dikunjungi setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam dengan bayaran 55 Lira (sekitar RM 26) untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah usia 8 tahun.
Krew Astro AWANI berada di Sanliurfa, Turki sempena Simposium Tas Tepeler, The Land of Transformation di bawah kelolaan Kementerian Budaya dan Pelancongan Turki.
Israr Khalid, Linda Salim
Thu Sep 23 2021
Diiktiraf sebagai Khazanah Dunia oleh UNESCO pada 2018, Gobeklitepe, boleh dikunjungi setiap hari dengan bayaran 55 Lira (sekitar RM 26) untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah usia 8 tahun. - Foto Astro AWANI/Linda Salim
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
19 entiti perniagaan di Sarawak berdaftar dengan NREB
19 entiti perniagaan kini telah berdaftar dengan Lembaga Alam sekitar dan Sumber Asli Sarawak (NREB) sebagai mematuhi syarat ordinan alam sekitar (pengurangan kesan rumah hijau) yang mula berkuat kuasa pada Mac lalu.
Kisah Tas Tepeler, rangkaian tapak tamadun manusia Neolitik di Turkiye, 9.30 malam ini.
Ikuti dokumentari yang menyingkap cerita di sebalik penemuan tapak aktiviti sosial manusia tertua di dunia di Sanliurfa, Turkiye.
Mansuhkan saja subjek sejarah di sekolah, ia tak 'menguntungkan'
Kita gagal untuk memahami bahawa penghayatan sejarah adalah akarnya untuk membina bangsa dan negara yang lebih gagah dan sejahtera.
5 perkara tentang Karahantepe, wajah terbaharu warisan arkeologi
Turki sekali lagi berada di bawah lampu sorot dunia dengan penemuan tapak arkeologi manusia Zaman Batu Baharu atau Neolitik iaitu Karahantepe.
Gobeklitepe 'syurga' terbaharu ahli arkeologi
Ia mungkin tidak semasyhur Piramid Giza di Mesir mahupun Stonehenge di England, tetapi Gobeklitepe di Sanliurfa, Turki adalah sebuah projek impian atau syurga buat ahli arkeologi serata dunia.