GLASIER dunia mengecut dan menghilang lebih cepat daripada yang disangkakan oleh saintis.
Menurut satu kajian terbaharu, dua pertiga diunjurkan akan lenyap menjelang akhir abad ini mengikut aliran perubahan iklim semasa.
Kajian dalam Jurnal Sains yang didedahkan pada Khamis itu meneliti semua 215,000 glasier yang ada di dunia tidak termasuk yang terdapat pada kepingan ais di Greenland dan Antartika dengan cara yang lebih komprehensif berbanding kajian terdahulu.
Pengiraan para saintis menggunakan tahap pemanasan yang berbeza, berapa banyak glasier akan hilang, berapa trilion tan ais akan cair, dan berapa banyak ia akan menyumbang kepada kenaikan paras laut.
Dalam kebanyakan kes, anggaran kecairan adalah lebih mengejutkan daripada ramalan awal.
Kebanyakannya kajian glasier mendapati ia sedang menuju kepupusan.
Dalam senario terburuk, 83 peratus daripada glasier dunia mungkin hilang menjelang tahun 2100.
Dunia kini berada di landasan untuk kenaikan suhu 2.7 darjah Celsius sejak zaman praindustri, menjelang tahun 2100 bermakna kehilangan 32 peratus daripada jisim glasier dunia, atau 68 peratus daripada glasier hilang.
Keadaan itu akan meningkatkan kenaikan paras laut sebanyak 4.5 inci (115 milimeter) sebagai tambahan kepada laut yang sudah menjadi lebih besar daripada lembaran ais yang mencair.
Para saintis berkata kenaikan paras laut pada masa depan akan lebih didominasi daripada pencairan kepingan ais, bukan glasier.
Kehilangan glasier adalah mengenai penyusutan bekalan air untuk sebahagian besar penduduk dunia, lebih banyak risiko daripada kejadian banjir dan kehilangan tempat bersejarah yang dilitupi ais dari Alaska ke Pergunungan Alps.
Astro Awani
Fri Jan 06 2023

Dalam senario terburuk, 83 peratus daripada glasier dunia mungkin hilang menjelang tahun 2100. - Foto fail/AP
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.

Angka kematian akibat banjir kilat di India meningkat kepada 42 orang
Pasukan mencari dan menyelamat hiliran menemui lebih banyak mayat ketika perairan membelah kawasan luar bandar ke arah Teluk Bengal.

Mayat lelaki hilang 52 tahun lalu dijumpai di glasier, Austria
Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan glasier di Austria, kata polis Salzburg pada Isnin.

4 terkorban, beberapa lagi cedera insiden runtuhan salji
Sekurang-kurangnya empat orang maut dan beberapa lagi cedera dalam runtuhan salji di glasier Armancette di Pergunungan Alps Perancis.

Glasier mengecut lebih pantas dari yang dijangka - Kajian
Menurut satu kajian terbaharu, dua pertiga diunjurkan akan lenyap menjelang akhir abad ini mengikut aliran perubahan iklim semasa.

Runtuhan glasier: Tujuh maut, 14 masih hilang
Runtuhan itu menyebabkan gelongsoran ais, salji dan batu yang menuruni cerun gunung tersebut.

Enam terbunuh glasier runtuh di Gunung Marmolada
Bencana itu berlaku sehari selepas suhu 10 darjah Celsius direkodkan di puncak glasier tersebut.

Tragedi Uttarakhand: Hishamuddin ucap takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan India
Media tempatan melaporkan kira-kira 150 pekerja di loji jana kuasa dikhuatiri maut.

Kesempitan hidup tak halang nenek beri pelajaran kepada dua cucu
Kegigihan seorang nenek memberi pendidikan kepada dua cucunya seharusnya dipuji.

14 maut, ratusan hilang dalam banjir kilat di India
Keadaan itu berlaku selepas serpihan besar glasier jatuh ke dalam Sungai Rishi Ganga pada pagi Ahad.