Destinasi tumpuan ramai, Gili Trawangan, yang terletak di Lombok Utara 'sepi' dengan bilangan pelancong berkurangan selepas gempa bumi melanda kepulauan berkenaan tiga bulan lepas.
Kawasan pelancongan yang sebelum ini meriah dengan kehadiran pengunjung tempatan dan luar negara itu kelihatan sunyi dan hanya dipenuhi penduduk tempatan di tepi pantai dan gerai yang menanti kehadiran pelancong.
Bagi pengusaha bot laju, Laluh Juliado (he), 28, perniagaan dan pendapatannya berkurangan akibat kemerosotan jumlah pengunjung susulan bencana alam.
"Bukan tidak ada orang datang... masih ada tetapi tidak semeriah seperti sebelumnya.
"Kadang-kadang saya dapat pelancong, ada hari langsung tidak ada. Kebiasaannya sehari saya boleh buat dua atau tiga kali trip tetapi selepas musibah ini agak perit sekali," katanya kepada Bernama yang mengikuti misi bantuan #peduligempalombok6.0 anjuran Global Peace Mission (GPM) Malaysia di sini.
Beliau yang sudah menjalankan perniagaan berkenaan lebih 10 tahun berharap pengunjung akan membanjiri semula pulau berkenaan pada musim cuti sekolah nanti.
Seorang peniaga Nindi, 42, berkata mata pencariannya terjejas susulan kekurangan pelancong yang kemungkinan takut akibat gempa bumi yang meragut ratusan nyawa itu.
"Kami sendiri masih berasa trauma, kemungkinan orang lain juga seperti itu (trauma) untuk datang dan bercuti ke sini, namun dengan berniaga di sini sahaja saya dapat mencari rezeki dan kami harus cekal.
"Keadaan pengunjung memang sangat berbeza daripada sebelum dan selepas gempa, selalunya pada waktu ini pengunjung sudah ramai sehingga bulan Januari," kata wanita yang berniaga sayur-sayuran di pasar Gili Trawangan itu.
Tempat tumpuan orang ramai itu hanya mengalami kira-kira 10 peratus kerosakan susulan bencana alam itu.--
Sementara itu, Ketua Misi GPM Ahmad Hamizan Ahmad Horman berkata selepas meninjau pulau berkenaan, beliau mendapati banyak kerosakan terutama di kedai-kedai dan pihaknya sedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.
Katanya, sebagai sukarelawan pihaknya sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan.
Lombok kini dalam fasa baik pulih, selepas digegarkan dengan gempa berukuran 6.4 magnitud pada 29 Julai, disusuli gegaran kedua pada 5 Ogos, berukuran 7 magnitud.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan bantuan boleh membuat sumbangan dalam talian www.billplz.com/peduligempalombok atau deposit kepada akaun GLOBAL PEACE MISSION, Maybank (5642 2161 1602) atau Bank Islam (1402 3010 02922 4).
Bernama
Mon Nov 05 2018

Lombok kini dalam fasa baik pulih, selepas digegarkan dengan gempa berukuran 6.4 magnitud pada 29 Julai, disusuli gegaran kedua pada 5 Ogos, berukuran 7 magnitud. - Gambar fail

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 8 malam ini.

Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.

JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Kebakaran di selatan California terkawal sepenuhnya selepas 24 hari
Kebakaran Palisades bermula di Pacific Palisades, timur Malibu, sebelum merebak dengan pantas.

Sistem amaran awal, ramalan dan hebahan kurangkan kerosakan bencana sehingga 30 peratus - Pakar
Sistem amaran awal, sistem ramalan bencana dan sistem hebahan yang baik boleh mengurangkan kerosakan akibat bencana sehingga 30 peratus.

Taufan Fengal ragut 19 nyawa di India, Sri Lanka
Puducherry di India dilanda hujan selama 24 jam yang merekodkan paling lebat dalam tempoh 30 tahun.

281 lokasi terjejas bencana di seluruh negara, paling banyak di Terengganu
Sebanyak 281 lokasi di seluruh negara terkesan pelbagai kejadian bencana susulan hujan yang melanda negara dengan paling banyak direkodkan di Terengganu iaitu 131 lokasi.

Mangsa banjir di lima negeri meningkat, tiga lagi menurun
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi.

Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.