DAMASCUS: Pertubuhan sukarelawan Syria Civil Defence mengumumkan penamatan operasi mencari dan menyelamat mangsa terselamat di kawasan dikawal puak pemberontak di utara dan barat laut negara itu.
Kumpulan yang juga dikenali sebagai White Helmets itu berkata ia percaya tiada lagi mangsa yang masih hidup setelah terperangkap di bawah runtuhan itu selepas 108 jam misi pencarian.
Pihaknya sebaliknya kini menumpukan kepada pencarian mayat mangsa yang berada di bawah runtuhan bangunan.
“Sejak permulaan gempa bumi pada Isnin jam 4.17 pagi waktu tempatan sehingga pengumuman tamat operasi mencari dan menyelamat, sejumlah 2,166 korban dicatatkan dengan lebih 2,950 mangsa yang cedera di semua kawasan dilanda gempa di utara dan barat laut Syria.
"Pasukan kami telah menjalankan tugas selama 108 jam di lebih 40 bandar, pekan dan kampung di barat laut Syria, di mana kira-kira 479 bangunan kediaman musnah sepenuhnya, dan lebih 1,481 bangunan musnah sebahagiannya," kata White Helmets dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu lagi, kebanyakan mangsa korban di kawasan paling teruk terjejas, termasuk di bandar Jindires dan Haram di utara Syria, ialah wanita dan kanak-kanak.
Astro Awani
Sat Feb 11 2023
Sukarelawan White Helmet memegang seorang kanak-kanak yang terselamat di dalam runtuhan bangunan susulan gempa bumi kuat di Jandaris, Syria pada 8 Februari 2023. -Reuters
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi Syria: White Helmets umum misi pencarian mangsa terselamat berakhir
Ia percaya tiada lagi mangsa yang masih hidup setelah terperangkap di bawah runtuhan itu selepas 108 jam pencarian.
Gempa bumi Turkiye, Syria: Angka korban kini lebih 23,000
Di Turkiye, angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 20,318 dengan 80,052 yang lain dilaporkan cedera.
Gempa bumi Syria: Harapan jumpa mangsa masih hidup kian pudar - White Helmets
Menurut Syria Civil Defense, mereka telah berusaha tanpa henti selama lebih 90 jam dalam keadaan yang sangat sukar.
Gempa bumi Turkiye, Syria: Angka korban kini lebih 21,000
Di Turkiye, angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 17,674 dengan 72,879 yang lain dilaporkan cedera.
Gempa bumi Syria: Pasukan penyelamat rayu bantuan
Pasukan penyelamat yang menjalankan misi mencari dan menyelamat di kawasan di barat laut Syria merayu peralatan segera dihantar ke lokasi terjejas.
Auta atau fakta di bumi Syria: Apa perlu takut dengan White Helmets?
White Helmets menjadi mangsa propaganda Rusia kerana fungsinya menyelamat mangsa yang cedera dan terperangkap di kawasan yang dikuasai kumpulan anti regim Bashar al Assad.