HERAT (Afghanistan): Sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut manakala 40 lagi cedera dalam gempa bumi yang melanda wilayah Herat, Badghis, Farah dan kawasan berhampiran di barat Afghanistan pada Sabtu.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Alam negara dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa bumi melanda barat negara termasuk Herat, Badghis dan Farah dengan beberapa gegaran susulan pada sebelah pagi, lapor Xinhua.
Kenyataan itu menambah bahawa jumlah mangsa dijangka bertambah kerana tiada laporan diterima daripada wilayah Badghis dan Farah setakat ini.
Gegaran berlaku sekitar 11.10 waktu tempatan (0640 GMT), memaksa orang ramai meninggalkan rumah mereka.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa China, dua gempa bumi berukurann 6.2 pada skala Richter menggegarkan Afghanistan pada Sabtu.
Banyak kediaman dilaporkan telah rosak atau musnah sama sekali.
Pasukan penyelamat telah dihantar ke kawasan yang terjejas, dan pegawai berkaitan telah diarahkan untuk menyelaraskan usaha dengan agensi bantuan untuk membekalkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Menurut Pusat Rangkaian Gempa China, dua gempa bumi berukurann 6.2 pada skala Richter menggegarkan Afghanistan pada Sabtu. - Gambar USGS
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan
Dua gempa bumi berukuran 6.0 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2.26 pagi dan 2.32 pagi Selasa, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).
Gempa bumi ragut 15 nyawa, 40 cedera di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut manakala 40 lagi cedera dalam gempa bumi yang melanda wilayah Herat, Badghis, Farah dan kawasan berhampiran di barat Afghanistan pada Sabtu.