Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Rantau Sumba, Indonesia pada pukul 8.16 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, kejadian gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku di 293km Tenggara dari Bima, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA