Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan Laut Banda, Indonesia pada 5.47 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan gegaran itu berlaku pada kedalaman 349 kilometer dan jarak 321 kilometer selatan dari Ambon, Indonesia.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA