Sebahagian serangan membabitkan penyerang berani mati dan bom kereta buatan berturutan dalam masa beberapa jam.

Kumpulan mengaku bertanggungjawab walaupun pihak keselamatan tidak menolak andaian ia mungkin didalangi rangkaian kumpulan Al Qaeda.

Kejadian pertama berlaku dekat Tuz Khormato di mana penyerang yang memandu kereta bertindak merempuh kawasan penempatan dan membunuh sekurang-kurangnya lapan nyawa.

Kaedah serangan yang sama turut dilakukan di sebuah pasar terbuka di utara Baghdad.

Letupan menyebabkan lapan nyawa melayang dan mencedera lebih 20 yang lain.

Sementara itu di timur laut Husseinyah, penyerang yang memandu kereta bertindak merempuh sebuah restoran membunuh tujuh nyawa dan mencedera 15 yang lain.

Sepanjang Ramadan lalu, lebih 671 terbunuh dalam siri keganasan di Iraq dan disifatkan yang paling buruk sejak 2007.

Pihak berkuasa Iraq memaklumkan peningkatan angka korban disebabkan penyerang mengubah taktik dengan menjadikan kawasan yang sesak dengan orang awam seperti kafe, masjid dan pasar sebagai sasaran.