![Gaza catat hampir 42,000 kematian, 60 peratus wanita dan kanak-kanak Gaza catat hampir 42,000 kematian, 60 peratus wanita dan kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725718055_tbIsraelistrike.jpg)
Hampir 42,000 orang terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik dengan Israel meletus setahun lalu, dengan lebih 60 peratus daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. - Gambar fail/AP
KAHERAH: Hampir 42,000 orang terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik dengan Israel meletus setahun lalu, dengan lebih 60 peratus daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Isnin, lapor
Sputnik.
"Bilangan mangsa telah meningkat kepada 41,909, dengan lebih 60 peratus daripadanya adalah golongan wanita dan kanak-kanak. Seramai 97,303 orang cedera," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
![](https://img.astroawani.com/2024-10/71728293049_freesize.jpg)