KOREA SELATAN, sebuah negara yang kemilaunya cukup gah. Dominasi bintang-bintang yang mewarnai industri pop culture yang merajai dunia membuatkan segala-galanya tentang negara itu tampil cukup indah.
Ketepikan seketika riuh pikuk di sebalik gemilangnya nama BTS, Blackpink, Bigbang atau EXO. Lupakan dahulu bagaimana Lee Joon Gi atau Jun Ji Hyun membuai perasaan kita menerusi lontaran emosi dalam lakonan masing-masing.
Korea Selatan sebenarnya menanggung galau yang bukan sedikit. Tanpa mengambil kira faktor politik yang mencetuskan Perang Korea, hakikatnya impak yang ditinggalkan melewati abad.
Susur galur keturunan tidak lengkap tercantum, keluarga dan sahabat handai terpisah. Tiga tahun perang berlangsung, jutaan nyawa terkorban, manakala yang terselamat terpaksa meneruskan hidup dengan parut yang peritnya tidak pernah surut.
Dianggarkan tidak kurang 10 juta rakyat Korea Selatan kini tidak dapat pulang ke Korea Utara untuk bertemu orang tersayang.
Imjingak atau Peace Park, terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Seoul, dibina dengan hasrat meredakan rasa tidak keruan mereka.
Lebih daripada itu, ia menyimpan harapan dan impian agar yang terpisah dapat disatukan dan yang terluka dapat disembuhkan.
Penulis dan rombongan media dari Asia Tenggara hadir di Korea Selatan sebagai memenuhi jemputan Kementerian Luar Negerinya bersempena countdown ASEAN-ROK Commemorative Summit 2019 yang bakal berlangsung November ini.
Dalam tentatif kunjungan, kami dijadual melawat Korean Demilitarized Zone (DMZ). Namun perancangan untuk ke DMZ terpaksa dibatalkan dek wabak selsema babi di kawasan itu.
DMZ merupakan buffer zone yang memisahkan kawasan semenanjung Korea kepada dua bahagian. Ia terhasil selepas perjanjian antara Korea Utara, China dan Komando Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1953.
Imjingak bolehlah dikatakan sebagai kawasan penempatan terakhir sebelum sampai ke DMZ. Jarak antara kedua-duanya ialah kira-kira 7 kilometer.
Berbeza dengan DMZ, pengunjung ke Imjingak tidak perlu melalui checkpoint keselamatan atau menunjukkan dokumen pengenalan untuk melawat.
Siap dibina pada 1972, Imjingak dikelilingi tugu peringatan dan pagar berduri, yang sentiasa mengingatkan betapa dekatnya kami dengan Korea Utara.
Terletak berhampiran sungai Imjin, mood sugul dapat dirasai sebaik kaki melangkah ke dalam taman ini. Apatah lagi dengan alunan lagu "30 Years Lost" dendangan Woondo Seol yang menyambut ketibaan kami.
Pagar kawat berduri dihiasi reben pelbagai berwarna, kebanyakannya berwarna kuning sebagai tanda berkabung.
Tertulis di setiap helaian reben adalah harapan dan doa, agar ahli keluarga dan sahabat yang jauh sentiasa dalam perlindungan Tuhan.
Melepasi pagar itu ialah Civilian Control Line, yang bertujuan mengehadkan dan mengawal kemasukan orang awam, selain melindungi dan mengekalkan keselamatan kemudahan dan operasi ketenteraan berhampiran DMZ.
Paling ikonik di sini tentu sekali Freedom Bridge. Dahulunya, ia merupakan jambatan laluan kereta api yang pernah digunakan oleh tahanan perang untuk pulang dari Korea Utara.
Turut menjadi tumpuan di sini ialah dek pemandangan. Platform ini membolehkan pengunjung melihat tanah yang merupakan sebahagian dari Korea Utara.
Mungkin tidak cukup mengubati resah di hati, tetapi jika hanya setakat itu yang termampu, apa lagi pilihan yang ada selain menerima dengan terbuka.
Benar, apa yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Imjingak kini merupakan salah satu lokasi popular dalam kalangan pelancong, baik dalam mahupun luar negara.
Masyarakat dari serata dunia kini boleh berkongsi harapan keamanan dan penyatuan yang sama. Namun beban perasaan yang ditanggung, hanya yang melalui dapat merasainya.
Harapan itu tetap dan masih menyala, namun takdir dan masa menentukan.
Madiha Abdullah
Wed Oct 23 2019
Pengunjung menulis harapan mereka pada bendera yang digantung pada pagar di hujung Freedom Bridge. - Astro AWANI
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
Menteri Pertahanan ASEAN seru tindakan kolektif dalam mesyuarat di Vientiane
Menteri-menteri daripada 10 negara anggota capai konsensus mengenai objektif yang akan membentuk Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Trump 2.0 dijangka mampu tingkatkan hubungan ekonomi dan keselamatan Malaysia-AS - Penganalisis
Pendekatan 'America First' Trump mungkin sebenarnya boleh buka peluang ekonomi lebih besar untuk Malaysia.
Situasi keselamatan di selatan Lubnan "sangat mencabar" - UNIFIL
Menurut UNIFIL, ia "sangat mencabar" walaupun langkah-langkah yang meluas telah diambil untuk melindungi keselamatan para anggotanya.
Malaysia sahkan komitmen terhadap nilai PBB, multiteralisme pada Hari PBB
Kementerian Luar Negeri menekankan komitmen berterusan Malaysia dalam memperjuangkan multilateralisme dan prinsip serta nilai Piagam PBB sejak diterima sebagai Negara Anggota PBB pada 17 Sept 1957.
Indonesia beri jaminan keselamatan pasukan kebangsaan Bahrain di Gelora Bung Karno
Menteri Belia dan Sukan Indonesia Dito Ariotedjo menegaskan bahawa pasukan Bahrain tidak sepatutnya menolak untuk bermain di Indonesia.
China gesa hati-hati dalam ketegangan Iran-Israel
Wang Yi turut menggesa Israel memastikan keselamatan kakitangan pasukan interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).
Manfaatkan kecanggihan teknologi banteras ekstremisme
Sistem data dan teknologi seperti kecerdasan buatan harus mula diaplikasi dalam membanteras ekstremisme.
Malaysia antara 34 negara serantau seru perlindungan pasukan pengaman UNIFIL
Kenyataan bersama itu menyeru agar tindakan sedemikian dihentikan serta-merta dan penyiasatan terperinci dijalankan.
IATA desak kerajaan lindungi penerbangan awam ketika peningkatan konflik global
Penting sekarang ini melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.