“Sejak semalam, pegawai daripada Kementerian Kehakiman dan polis Filipina telah tiba di sini untuk mempersiapkan perjalanan dia,” katanya di Istana Presiden di Jakarta pada Isnin, lapor agensi berita ANTARA.
Veloso kini ditahan di Penjara Wanita Pondok Bambu, Jakarta, selepas dipindahkan daripada sebuah penjara wanita di Yogyakarta pada Ahad malam.
Dia dijadualkan berlepas ke Filipina melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten, dengan bantuan Kedutaan Filipina di Jakarta.
Semua dokumen perjalanan dan tiket penerbangan untuk membawa pulang wanita itu telah disediakan oleh Kedutaan Filipina.
Pemindahan Veloso susulan perjanjian praktikal yang ditandatangani antara Mahendra dan Setiausaha Rendah Kehakiman Filipina, Raul T. Vasquez, di Jakarta pada 6 Disember 2024.
Veloso, seorang banduan yang dijatuhkan hukuman mati setelah disabitkan atas kesalahan menyeludup 2.6 kilogram heroin, ditahan di Lapangan Terbang Adisutjipto, Yogyakarta, pada April 2010.
Meskipun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Sleman pada Oktober 2010, dia kemudian dikenal pasti sebagai mangsa pemerdagangan manusia. - BERNAMA-ANTARA