MANILA: Sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan terbunuh di Filipina pada Isnin selepas sebuah feri terbakar mengakibatkan penumpang terpaksa melompat ke dalam laut, kata pengawal pantai dan saksi.
Kebakaran berlaku di feri Mercraft 2 ketika ia membawa seramai 124 penumpang dari Pulau Polillo ke Real di wilayah Quezon di Pulau Luzon.
Operasi mencari mangsa yang terselamat sedang dijalankan dengan 105 penumpang berjaya diselamatkan setakat ini, kata jurucakap Pengawal Pantai Filipina, Armando Balilo.
Ketika kejadian, feri terbabit membawa seramai 142 penumpang dan anak kapal ketika meninggalkan Pulau Polilio sekitar jam 5 pagi ke Real, Quezon.
Roro Vessel MV Mercraft 2 berada kira-kira lebih 400 meter dari pelabuhan Real ketika kebakaran berlaku, kata Balilo.
Terdapat penumpang yang berpaut pada objek terapung ketika api menyambar feri berkenaan.
Sebuah lagi kapal turut membantu menyelamatkan penumpang yang terjun ke dalam laut kerana panik akibat kebakaran tersebut.
Enam penumpang yang cedera dibawa ke hospital terdekat, tambah Balilo.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon May 23 2022

Penumpang yang berjaya diselamatkan diperiksa tahap kesihatan sebaik tiba di pelabuhan Real, wilayah Quezon, Filipina, 23 Mei 2022. - Foto AP
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

APMM akan panggil pengusaha feri terbakar
Aspek tahap pematuhan serta keselamatan di laut penting dan perlu dititikberatkan bagi menggelakkan kejadian yang sama berulang.

Feri terbakar di Pulau Bidong, 79 penumpang selamat
Sebuah feri yang membawa 79 penumpang termasuk kru yang dalam perjalanan ke Jeti Taman Tamadun Islam (TTI) terbakar dalam kejadian petang tadi.

Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat
Bilik enjin sebuah feri penumpang 'QUEEN STAR 2' yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Feri penumpang dalam pembaikan terbakar
Sebuah feri yang sedang dalam penyelenggaraan enjin di limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut, terbakar pada petang Jumaat.

Feri terbakar di Langkawi kes lama
video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di satu laman Facebook bukan kejadian yang baru berlaku.

Feri terbakar awal pagi, tujuh terbunuh
Feri Mercraft 2 membawa seramai 124 penumpang dari Pulau Polillo ke Real di wilayah Quezon di Pulau Luzon.

Feri terbakar di Bangladesh, 38 penumpang maut
Sekurang-kurangnya 38 terbunuh manakala 100 lagi cedera dalam kejadian feri terbakar pada Jumaat di daerah Jhalokati, Bangladesh.

Feri terbakar dekat Pulau Jawa, 3 mayat ditemukan
Sejumlah 300 penumpang berjaya dipindahkan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Feri terbakar: Bomba sahkan kebakaran bermula dari bilik enjin
Perkara itu disahkan oleh pegawai forensik Bomba dari Kedah dan Putrajaya yang melakukan pemeriksaan awal terhadap feri itu.

Polis buka kertas siasatan awal insiden feri terbakar
Polis masih menunggu laporan rasmi daripada pihak bomba yang akan menjalankan forensik ke atas feri tersebut.