Insiden feri karam di perairan Korea Selatan awal pagi Rabu kini mendapat kecaman daripada pelbagai pihak selepas laporan mengenai penumpang feri tersebut diarah untuk duduk ditempat masing-masing ketika kejadian itu berlaku, bukannya membiarkan mereka untuk keluar menyelamatkan diri.
Penumpang yang berjaya diselamatkan rata-rata menceritakan pengelaman yang sama dimana mereka disuruh pihak kru kapal untuk kembali ke tempat masing-masing dan tidak dibenarkan berganjak ke mana-mana.
Bagi mereka yang mengikut arahan tersebut, peluang untuk mereka menyelamatkan diri hilang selepas feri tersebut mula terangkat ke sebelah bahagian, seterusnya terbalik dan terus karam ke dalam lautan.
Seorang mangsa yang terselamat, Kim Sung-Mook memberitahu beliau terpaksa bergelut ketika hendak menyelamatkan kira-kira 30 pelajar.
“Saya tidak dapat pergi ke ruang utama kerana seluruh feri sudah menjadi condong,” kata Kim.
“Kapal sudah mula ditenggelami air dan mereka tidak mampu berpegang kepada apa-apa pun. Mereka tidak mampu untuk merangkak kerana lantai licin dipenuhi air dan sangat condong,” katanya lagi.
Dengan menggunakan hos kebakaran, Kim berjaya menarik beberapa pelajar, “tetapi mereka terlalu ramai ... saya tidak mampu untuk membantu kesemua mereka.”
Seorang pelajar yang juga menjadi mangsa kapal karam ini berkata, kebanyakkan penumpang terus duduk di tempat sendiri selama ‘30 ke 40 minit’ selepas kapal tersebut mula ditenggelami air, selaras dengan arahan yang diterima daripada anak kapal dan ke atas sistem Tannoy dalaman.
“Mereka terus berkata perkara yang sama: ‘Duduk setempat. Jangan bergerak’,” kata seorang lagi mangsa yang terselamat, Huh Young-Ki.
“Kami pula tertanya-tanya sesama sendiri: ‘Kita tidak mahu berganjak ke? Kita tidak mahu cuba untuk keluar?’ Tetapi pengumuman dalam feri memberitahu bahawa bantuan akan tiba dalam 10 minit,” Huh memberitahu saluran televisyen News Y.
Ramai tidak berganjak
Disiplin merupakan satu perkara yang amat penting dalam sistem pendidikan di Korea Selatan dan ini menyebabkan pemerhati membuat kesimpulan bahawa seramai 375 pelajar remaja tersebut hanya mengikut arahan yang diberi kepada mereka.
“Jika kami disuruh untuk keluar lebih awal, lebih ramai daripada kami dapat melompat ke dalam air,” seorang pelajar yang terselamat memberitahu saluran televisyen MBC.
Tetapi ramai duduk di tempat sendiri seperti yang diarahkan,” tambahnya.
Sebaik sahaja kapal seberat 6,825 tan itu terangkat, ia terus terbalik dalam keadaan menegak 90 darjah sebelum terbalik sepenuhnya dan akhirnya tenggelam ke dalam lautan.
Seorang lelaki menjerit meminta tolong
Kapten kapal Sewol, Lee Joon-Seok merupakan antara orang pertama berjaya menyelamatkan diri sebelum feri tersebut karam dan kini dia sedang disoal siasat oleh pasukan penyiasat pada Khamis.
Lee menutup mukanya menggunakan bajunya ketika dikerumuni kamera stesen televisyen dan wartawan sambil menjawab soalan demi soalan yang diajukan kepadanya dengan nada perlahan.
Seorang wanita berusia 61 tahun berjaya menyelamatkan diri selepas tidak mengendahkan arahan untuk duduk di tempat sendiri kerana menurutnya, air mula memenuhi kapal itu.
“Saya berenang untuk seketika dan kemudian berjaya naik ke dek atas dan kemudian ke sebuah tingkap dimana saya melihat beberapa orang berpaut di situ,” beliau memberitahu wartawan semasa menerima rawatan di hospital.
“Seorang lelaki terhempas di tingkap sambil menjerit meminta tolong. Bot penyelamat tiba dan terus memecahkan tingkap itu dan kemudian terus menyelamatkan kami,” katanya.
Setakat ini hanya 179 orang berjaya diselamatkan, ini menyebabkan ramai mula gelisah memikirkan nasib 287 lagi penumpang yang masih belum ditemui dan dikhuatiri masih terperangkap dalm akapl tersebut.
Astro Awani
Thu Apr 17 2014
![Feri karam: Penumpang tidak dibenarkan berganjak dari tempat duduk Feri karam: Penumpang tidak dibenarkan berganjak dari tempat duduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/71397622847_295x200.jpg)
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![25 maut, puluhan masih hilang feri karam di Bangladesh 25 maut, puluhan masih hilang feri karam di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664156634_feri.jpg)
25 maut, puluhan masih hilang feri karam di Bangladesh
Feri itu dilaporkan sedang membawa kebanyakan penganut ke sebuah kuil Hindu bersempena dengan sambutan keagamaan Mahalaya.
![Tragedi feri karam di Sungai Kerian dikenang hingga kini Tragedi feri karam di Sungai Kerian dikenang hingga kini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663090803_TBTRAGEDIFERRY.jpg)
Tragedi feri karam di Sungai Kerian dikenang hingga kini
Tragedi pagi 13 Sep 1972 itu mengorbankan 17 murid SK Methodist Parit Buntar, lapan pelajar SMJK(C) Kerian dan dua orang awam.
![Feri karam: Indonesia tamatkan operasi menyelamat Feri karam: Indonesia tamatkan operasi menyelamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654560129_IndonesiaFerry.jpg)
Feri karam: Indonesia tamatkan operasi menyelamat
Seramai 31 mangsa termasuk kru dan penumpang berjaya diselamatkan manakala 4 mayat ditemui setakat ini.
![Lima terkorban, puluhan masih hilang feri karam di Bangladesh Lima terkorban, puluhan masih hilang feri karam di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647815629_SunkenFerry.jpg)
Lima terkorban, puluhan masih hilang feri karam di Bangladesh
Feri itu berlepas dari daerah perindustrian Narayanganj, kira-kira 20km dari ibu kota Dhaka, ke Munshiganj.
![Korban nahas feri di perairan Bali, Indonesia meningkat kepada 10 Korban nahas feri di perairan Bali, Indonesia meningkat kepada 10](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625845135_Basarnas.jpg)
Korban nahas feri di perairan Bali, Indonesia meningkat kepada 10
Satu lagi mayat mangsa tragedi feri karam ditemui di Selat Bali pada Jumaat, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 10 orang.
![100 terbunuh dalam kejadian feri karam di Tanzania 100 terbunuh dalam kejadian feri karam di Tanzania](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81537527706_tanzaniaferikaram.jpg)
100 terbunuh dalam kejadian feri karam di Tanzania
Lebih 100 orang terbunuh selepas feri yang dinaiki mereka terbalik dan tenggelam di Tasik Victoria, Tanzania pada Khamis.
![Feri karam: Hanya tiga mayat dijumpai, 193 masih hilang Feri karam: Hanya tiga mayat dijumpai, 193 masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529727139_ferrysink.jpg)
Feri karam: Hanya tiga mayat dijumpai, 193 masih hilang
Selepas kejadian feri karam di tasik Danau Toba, Sumatera, Indonesia Isnin lalu, hanya tiga mayat berjaya ditemui manakala 193 lain termasuk kanak-kanak masih hilang.
![3 mati dalam insiden terbaru feri karam di Filipina 3 mati dalam insiden terbaru feri karam di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71456585397_FerrySank.jpg)
3 mati dalam insiden terbaru feri karam di Filipina
Feri Lady Aime dalam perjalanan ke pulau Alabat 117km dari Manila, apabila ia tenggelam 200m dari darat.
![PM Korea Selatan letak jawatan, bertanggungjawab insiden feri karam PM Korea Selatan letak jawatan, bertanggungjawab insiden feri karam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/81398562701_295x200.jpg)
PM Korea Selatan letak jawatan, bertanggungjawab insiden feri karam
Chung Hong-Won memohon maaf kepada seluruh rakyat Korea Selatan akibat nahas yang berlaku itu.
![Mesej menyayat hati dihantar oleh pelajar mangsa feri karam Mesej menyayat hati dihantar oleh pelajar mangsa feri karam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/71397622847_295x200.jpg)
Mesej menyayat hati dihantar oleh pelajar mangsa feri karam
Ahli keluarga mangsa feri karam di Korea Selatan berkongsi mesej yang dihantar oleh anak mereka kepada media.