Misi mencari pada Jumaat menemui 48 mayat terperangkap dalam sebuah bilik.

Kesemua mangsa memakai jaket keselamatan dan dipercayai bersesak-sesak dalam bilik tersebut, sebelum menemui ajal.

Sehingga kini keseluruhannya 183 mayat berjaya ditemui dan didaratkan. Namun ratusan lagi masih hilang.
Ketua operasi mencari memaklumkan, operasi aian diteruskan.
Ketika insiden, 476 penumpang berada di dalam feri.

Sebahagian besar terperangkap di dalam feri dan karam dua jam selepas isyarat kecemasan dikeluarkan.

174 penumpang berjaya diselamatkan.

Kebanyakan penumpang adalah pelajar sebuah sekolah tinggi di Danwon.

Misi mencari dan menyelamat sebelum ini dikecam kerana didakwa lambat bertindak hingga menyebabkan risiko kematian yang lebih tinggi.