Pada Ahad, 10 Ogos warga bumi akan dapat menyaksikan satu fenomena alam yang cantik iaitu detik bulan mengambang paling besar dan terang tahun ini.
Secara teknikalnya, kejadian bulan mengambang paling besar dan terang atau ‘Supermoon’ ini akan berlaku sekali setiap tahun.
Supermoon merujuk kepada kejadian apabila bulan yang mengorbit Bumi dalam elips trajektori berada paling dekat dengan planet kita.
Aktiviti bulan mengambang telah berlaku sebelum ini, namun Supermoon pada Ahad adalah ketika dimana bulan akan kelihatan mengambang pada saiz paling besar dan terang dalam tahun ini.
“Perbezaan antara bulan mengambang kali ini hanya 10 peratus lebih terang “ kata saintis NASA, Shawn Domagal-Goldman.
Katanya lagi, detik itu adalah perkara menarik untuk dinikmati semua apatah lagi ia sering diabaikan dalam kehidupan seharian.
“Walau bagaimanapun pencemaran cahaya mungkin akan menyebabkan kita tidak dapat menyaksikannya” tambah Goldman.
Bagaimanapun jika langit cerah Supermoon pasti cantik dilihat dengan jelas.
Agensi
Sun Aug 10 2014
Supermoon pada Ahad adalah bulan mengambang yang paling besar dan terang dalam tahun ini
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
Gaza perlukan 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) maklumkan Kerja-kerja pembersihan Semenanjung Gaza daripada runtuhan akibat serangan maut berterusan Israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun.
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Fenomena bulan mengambang 'Supermoon' malam ini
Pada Ahad, 10 Ogos kita akan dapat menyaksikan kepada fenomena alam yang cantik iaitu bulan mengambang paling besar dan terang tahun ini.