Enam daripada 21 pelajar Malaysia yang terbabit dalam kebakaran asrama pelajar di universiti mereka malam tadi di Moscow masih dirawat kerana keracunan karbon monoksid dan melecur sementara seorang lagi telah dibenarkan keluar daripada hospital.
Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Moscow, Francisco Munis berkata enam pelajar itu ditempatkan di Hospital Sklifosovskogo dengan pegawai kedutaan turut ditempatkan di hospital bagi memantau keadaan mereka.
"Pelajar kita sudah stabil, hanya enam yang masih berada di wad. Daripada enam orang itu, empat menjalani rawatan pernafasan sementara dua lagi menerima rawatan akibat melecur," katanya kepada Bernama ketika dihubungi dari sini hari ini.
Kesemua keluarga pelajar terbabit telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Ditanya sama ada para pelajar berkenaan akan dibawa pulang ke Malaysia, beliau berkata perkara itu masih belum disahkan.
Namun perbicangan antara pihak kedutaan dengan para pelajar akan diadakan, kata Munis.
"Kini keutamaan kita ialah menjaga kebajikan mereka. Pelajar yang dibenarkan keluar hospital akan ditempatkan di penempatan sementara dengan bantuan pihak universiti," katanya.
Dua puluh satu pelajar berkenaan dari Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia (RNRMU) terlibat dalam kebakaran itu yang berlaku di asrama pelajar pada pukul 11.30 malam (zon masa Moscow).
Pada mulanya tujuh pelajar dimasukkan ke hospital iaitu Mohannan Pattu, Pavin Raaj Selva Kumar, Praveena Sunthar Raj, Chen Wei Jun, Naveen Anbalakan, Zainal Nastaiin dan Sharath Raj.
Namun seorang daripada mereka telah dibenarkan keluar, sementara pelajar selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Bernama
Thu Apr 23 2015
...
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Enam pelajar Malaysia masih dirawat di Moscow
Enam daripada 21 pelajar Malaysia yang terbabit dalam kebakaran asrama pelajar di universiti mereka di Moscow masih dirawat di hospital.
Asrama pelajar terbakar di Moscow, tujuh pelajar Malaysia cedera
Satu kebakaran berlaku di asrama pelajar yang didiami penuntut Malaysia di Russian National Research Medical Universiti di Moscow.