MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico berjaya memintas sebuah bungkusan yang mengandungi empat tengkorak manusia di lapangan terbang Queretaro, kira-kira 200 kilometer dari barat laut Mexico City.
Guardia Nacional pada Jumaat memaklumkan empat tengkorak itu dibalut dengan kertas aluminium dan plastik sebelum diletakkan di dalam sebuah kotak kurier di lapangan terbang itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Empat tengkorak itu dipercayai dikirim dari Apatzingan, Michoacan dan dialamatkan ke bandar Manning, Carolina Selatan Amerika Syarikat, menurut Guardia Nacional dalam satu kenyataan.
Pasukan itu menjelaskan bahawa pengirim tidak memiliki permit yang sesuai untuk mengeksport tengkorak manusia.
Siasatan berhubung perkara berkenaan akan dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022

Pihak berkuasa Mexico berjaya memintas sebuah bungkusan yang mengandungi empat tengkorak manusia di lapangan terbang Queretaro, kira-kira 200 kilometer dari barat laut Mexico City. - Foto REUTERS
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Empat tengkorak manusia dijumpai dalam bungkusan ke AS
Pihak berkuasa Mexico berjaya memintas sebuah bungkusan yang mengandungi empat tengkorak manusia di lapangan terbang Queretaro, kira-kira 200 kilometer dari barat laut Mexico City.

Penternak lembu jumpa tengkorak, tulang manusia dewasa dalam semak
Tulang terbabit merupakan tulang manusia dewasa menerusi pengesahan yang dilakukan oleh pihak Forensik Hospital Umum Sarawak di lokasi.

Tengkorak dan tulang disyaki manusia dijumpai dalam kebun getah
Terdapat juga baju, kain, tali pinggang disyaki milik mangsa dijumpai di lokasi kejadian.