MADRID: Empat orang maut manakala beberapa lagi cedera parah dalam insiden langgar lari di sebuah majlis perkahwinan pada pagi Ahad, lapor Xinhua.

Insiden berkenaan berlaku di luar restoran di bandar Torrejon de Ardoz, timur Madrid.

Sebuah kereta dinaiki empat suspek dilaporkan merempuh tetamu yang hadir beberapa kali sebelum memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Polis berjaya memintas kereta berkenaan sejam kemudian di wilayah Toledo dan menahan tiga orang termasuk seorang lelaki berusia 35 tahun dan dua anak lelakinya.

Motif kejadian masih disiasat.

-- BERNAMA