KIEV: Beribu-ribu penduduk sedang dipindahkan oleh pasukan keselamatan selepas sebuah empangan runtuh di Ukraine yang dikuasai oleh Rusia.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, sekurang-kurangnya 80 buah bandar dan kampung berisiko dilanda banjir selepas runtuhnya empangan di Nova Kakhovka.
Berikutan kejadian itu, Zelensky menyalahkan Rusia.
Aliran air yang deras dari Sungai Dnipro didakwa mengundang risiko banjir yang sekali gus boleh menjejaskan bandar Kherson.
Dalam perkembangan sama, Rusia menafikan runtuhan keruntuhan empangan yang berada dalam kawalannya, sebaliknya, menyalahkan bedilan senjata oleh tentera Ukraine.
Bagimanapun, dakwaan kedua-dua negara itu masih belum dapat disahkan oleh agensi berita antarabangsa, BBC.
Empangan di Nova Kakhovka sangat penting kerana yang membekal keperluan air kepada petani dan penduduk serta loji kuasa nuklear Zaporizhzhia.
Selain itu, ia juga merupakan saluran penting yang membawa air ke Crimea yang diduduki oleh Rusia.
Rakaman video yang tular menunjukkan air banjir yang deras mengalir melalui lubang di empangan.
Beberapa buah bandar dilaporkan lumpuh akibat dilanda banjir, sementara sebahagian penduduk di kawasan hilir terpaksa melarikan diri menaiki bas dan kereta api.
Sekurang-kurangnya 40,000 orang perlu dipindahkan, kata Timbalan Peguam Negara Viktoriya Lytvynova.
Daripada jumlah berkenaan, 17,000 daripada mangsa mendiami tebing Sungai Dnipro di bawah kawalan Ukraine sementara 25,000 mangsa lain di kawasan Timur yang dikawal Rusia.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Ihor Klymenko berkata sebanyak 1,000 orang telah dipindahkan sehingga kini dan sebanyak ‘24 penempatan’ dilanda banjir.
Klymenko turut menuduh Rusia yang melepaskan tembakan di selatan wilayah Kherson iaitu lokasi penduduk dipindahkan selain memberi amaran bahaya yang berpotensi berlaku berikutan peningkatan paras air. - Agensi
Agensi
Tue Jun 06 2023
Empangan di Nova Kakhovka sangat penting kerana yang membekal keperluan air kepada petani dan penduduk serta loji kuasa nuklear Zaporizhzhia. - Gambar REUTERS
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Empangan Ukraine runtuh, ribuan penduduk lari selamatkan diri
Ukraine salahkan Rusia empangan di Nova Kakhovka runtuh sehingga menyebabkan 40,000 penduduk terpaksa diselamatkan.