JOHANNESBURG: Sebuah empangan lombong runtuh di bahagian tengah Afrika Selatan pada Ahad mengakibatkan banjir yang memusnahkan kediaman dan infrastruktur, menurut Jabatan Tadbir Urus dan Hal Ehwal Tradisi (CoGTA).
Menurut jurucakap CoGTA, Lungi Mtshali, kejadian itu meragut tiga nyawa dan mencederakan lebih 40 orang.
Beliau berkata, kerajaan Afrika Selatan telah mengerahkan pelbagai jabatan di Jagersfontein termasuk pasukan polis, perubatan kecemasan, pengurusan bencana, pembangunan sosial, petugas mencari dan menyelamat serta jurutera ke lokasi kejadian, lapor Xinhua.
Mtshali berkata, banjir yang disebabkan runtuhan lombong terbiar itu mengakibatkan kerosakan harta benda dan kediaman komuniti Charlesville di sekitar Jagersfontein.
"Ia turut melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan. Pasukan pengurusan bencana telah dikerahkan untuk menilai kerosakan dan impak serta menyediakan sokongan kepada operasi menyelamat," katanya.
Menteri Sumber Mineral dan Tenaga, Gwede Mantashe dalam satu taklimat media secara maya pada Ahad berkata, kerajaan akan memastikan tindakan undang-undang diambil berikutan insiden itu.
Beliau berkata, kerajaan telah menghantar pasukan pemeriksa ke tempat kejadian untuk mendapatkan butiran kejadian.
"Pemilik lombong perlu bertanggungjawab dan membayar pampasan atas kematian dan kerosakan infrastruktur dan harta benda," katanya sambil menambah bahan toksik dalam empangan lombong akan menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022
Sebuah empangan lombong runtuh di bahagian tengah Afrika Selatan pada Ahad mengakibatkan banjir yang memusnahkan kediaman dan infrastruktur. - Gambar SINAR HARIAN
FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri.
Kerajaan akan mohon larang semua pihak bersuara isu Titah Adendum Najib
Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili kerajaan berkata, permohonan dibuat kerana kes tersebut menyentuh isu sensitif.
Ibu muda bersama bayi yang dilaporkan hilang ditemukan selamat
Ibu muda yang dilaporkan hilang bersama bayi perempuannya berusia dua bulan di Felda Sungai Kelamah, Seremban pada Jumaat lepas, ditemukan selamat.
Ketua Wanita UMNO Setiawangsa, Seriwani Sabtu meninggal dunia
Menurutnya, pemergian Seriwani merupakan satu kehilangan besar dalam parti yang telah aktif sejak penubuhan Puteri UMNO.
2024 disahkan tahun paling panas
TAHUN 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan.
JPJ periksa 34 Puspakom, sita kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
JPJ memeriksa 37 Puspakom menerusi Ops Khas di seluruh negara serta menyita kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
AS perketat sekatan minyak Rusia ke China, India
Penapisan minyak di China dan India dijangka beralih ke sumber minyak dari Timur Tengah, Afrika, dan benua Amerika, menyebabkan kenaikan harga minyak dan kos pengangkutan.
Langkah ini berlaku susulan sekatan baharu oleh Amerika Syarikat terhadap pengeluar minyak Rusia dan 183 kapal tangki yang menghantar minyak ke Asia.
Langkah ini berlaku susulan sekatan baharu oleh Amerika Syarikat terhadap pengeluar minyak Rusia dan 183 kapal tangki yang menghantar minyak ke Asia.
Kebakaran Di LA Ragut 14 Nyawa, Ribuan Dipindahkan Brazil, Minais Gerais, Tanah Runtuh, Bencana Alam, Buletin AWANI
Sejak Selasa, enam kebakaran serentak telah melanda Los Angeles, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 kematian dan 16 orang lagi dilaporkan hilang.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya tujuh mangsa maut akibat tanah runtuh di Ipatinga, Minas Gerais, Brazil, pada Ahad.
Menurut media tempatan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan.
Menurut media tempatan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan.
AWANI Ringkas: Bermula 20 - 24 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empangan lombong runtuh di Afrika Selatan, 3 maut, lebih 40 cedera
Banjir yang disebabkan runtuhan lombong terbiar itu mengakibatkan kerosakan harta benda dan kediaman.