BOGOTA (Colombia): Presiden El Salvador yang berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Selasa, menekankan bahawa negaranya yang dikenali sebagai tempat paling berbahaya di dunia, "sedang menuju menjadi negara paling selamat di benua Amerika ".
Nayib Bukele berkata, negara itu sebelum ini terkenal "kerana geng-geng (penjenayah), kematian, keganasan, perang," lapor Agensi Anadolu (AA).
"Kami kini berubah kepada menjadi sebuah negara yang terkenal dengan pantai, gunung berapi, kebebasan kewangan dan kerajaan yang baik kerana telah menamatkan jenayah terancang," kata Bukele dalam ucapannya, pada acara diplomatik di New York City.
Sejak beberapa dekad, sejarah El Salvador tercalar oleh keganasan geng, menyebabkan negara itu merekod kes bunuh diri dan kadar jenayah tertinggi di dunia.
Namun, sejak Bukele berkuasa, beliau bejaya menurunkan kadar pembunuhan di negara itu apabila memasukkan lebih 50,000 orang yang dipercayai ahli geng, ke penjara sejak Mac.
Tindakan itu membimbangkan kumpulan hak asasi manusia yang melihat langkah itu sebagai usaha untuk menyekat kebebasan individu.
Dalam ucapannya, Bukele turut meminta negara kuasa besar agar tidak "campur tangan" jika mereka tidak mahu membantu El Salvador mencapai kebebasan yang diperjuangkannya.
Beliau juga berpendapat format Perhimpunan Agung PBB sudah "lapuk".
"Saya berdiri di podium ini dengan format yang tidak lagi saya percaya, bercakap sesuatu yang berkemungkinan besar tidak akan mengubah cara negara berkuasa melihat negara lain," katanya dalam ucapan selama 18 minit. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Presiden El Salvador, Nayib Bukele berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). - Gambar AP
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador: Pengiraan semula undi sahkan kemenangan Bukele
Pengiraan semula undi mengesahkan parti pemerintah Nuevas Ideas diketuai Nayib Bukele, memenangi 54 daripada 60 kerusi dalam pilihan raya parlimen El Salvador awal bulan ini.
Elak cukai, bekas Presiden El Salvador dipenjara 6 tahun
Bekas presiden El Salvador, Mauricio Funes, dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana mengelak cukai, umum pejabat peguam negara pada Rabu.
Sembilan maut, 100 cedera dalam rempuhan di stadium bola sepak San Salvador
Sekurang-kurangnya sembilan maut dan kira-kira 100 lagi cedera dalam insiden rempuhan di stadium bola sepak di El Salvador.
Tanah runtuh di El Salvador ragut 7 nyawa
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut akibat kejadian tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat di El Salvador pada Khamis, menurut Direktorat Perlindungan Awam negara itu.
Gempa bumi 7.4 magnitud gegar selatan Mexico, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa berkekuatan 7.4 magnitud itu dilapor menyebabkan kerosakan teruk pada struktur bangunan.
Trump beri amaran guna tentera tutup sempadan Mexico
Amaran dalam beberapa siri kemaskini di akaun Twitter rasmi beliau itu dikeluarkan ketika lebih 3,000 pendatang dari negara Amerika Selatan itu kini dilaporkan menuju ke sempadan.
Ratusan warga Haiti anjur protes di resort milik Trump
Tunjuk perasaan dianjurkan susulan ucapan Trump yang menggelar negara Haiti dan beberapa negara lain sebagai negara "lubang najis".
Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? - Donald Trump
Trump mempersoalkan kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai 'lubang najis'.
Gempa bumi kuat landa Guatemala, 48 maut
Satu gempa bumi kuat melanda Guatemala Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya 48 nyawa.