Pesawat EgyptAir MS804 bersama 66 penumpang yang hilang dari radar pada Khamis jatuh dari ketinggian 22,000 kaki dan berpusing dengan tiba-tiba di ruang udara Mesir sebelum hilang dari skrin radar, kata Menteri Pertahanan Greece.
"Pesawat itu berpusing 90 darjah ke kiri dan kemudiannya berpusing 360 darjah ke kanan, sebelum jatuh dari ketinggian 37,000 kaki ke 15,000 kaki dan isyaratnya hilang pada ketinggian 10,000 kaki," Panos Kammenos memberitahu media dalam satu sidang akhbar.
"Buat masa ini pesawat itu masih hilang. Tiada petunjuk jelas dari pencarian setakat ini," katanya.
Pesawat malang itu dalam perjalanan dari Paris ke Cairo dan dipercayai hilang kira-kira 130 batu nautika dari Pulau Karpathos, antara Crete dan Rhodes.
Juruterbang ada menghubungi pengawal udara Greece 25 minit sebelum hilang, namun tidak melaporkan sebarang masalah.
Kenyataan dari Jabatan Penerbangan Awam memaklumkan juruterbang kedengaran "ceria dan berterima kasih apabila diberi pelepasan untuk keluar dari ruang udara Athens".
"Pesawat itu juga tidak dikesan melencong dari arah koordinat yang diberi," kata Ketua Jabatan Penerbangan Awam, Constantinos Litzerakos kepada Antenna TV.
LAPOR LANGSUNG: Pesawat EgyptAir MS804 disahkan 'terhempas'
Pihak berkuasa udara Greece dan pihak tentera udara juga belum dapat memastikan kebenaran laporan yang mendakwa sebuah kapal melihat "satu bebola api terbang di udara".
Litzerakos berkata jika pesawat itu meletup, serpihannya akan bertaburan dalam satu kawasan yang luas.
AFP
Thu May 19 2016
EgyptAir MS804 dipercayai hilang kira-kira 130 batu nautika dari Pulau Karpathos, antara Crete dan Rhodes. - Gambar fail
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Detik cemas berakhir gembira apabila wanita selamat bersalin dalam pesawat
Sebuah pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan selepas salah seorang penumpang melahirkan anak ketika di udara.
Bahan letupan dikesan pada kesemua 66 mayat penumpang nahas EgyptAir
Sewaktu nahas, Pesawat EgyptAir MS804 dalam perjalanan dari Paris ke sebelum hilang di laut Mediterranean.
Waris penumpang nahas EgyptAir terima pampasan awal RM100 ribu
Waris 66 penumpang pesawat EgyptAir yang terkorban bulan lalu akan menerima bayaran pampasan pendahuluan kira-kira RM100 ribu.
Kotak hitam kedua pesawat EgyptAir ditemui
Pasukan pencari telah menjumpai kotak hitam kedua daripada pesawat EgyptAir MS804 yang terhempas di Laut Mediteranean sebulan lalu.
Perakam suara pesawat EgyptAir ditemui
Perakam terbabit ditemui dalam keadaan berkecai namun pakar telah berjaya menemui cip memori yang penting, menurut satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Isyarat berkemungkinan dari kotak hitam pesawat EgyptAir dikesan
Isyarat itu dikesan kapal tentera laut Perancis menggunakan sistem pengesan akustik semasa misi pencarian pesawat Airbus A320 berkenaan.
'Dia Semanis Honey' kata carian terhangat di Google Malaysia untuk Mei 2016
'Dia Semanis Honey' yang disiarkan di Astro Ria muncul kata carian terhangat di Google Malaysia untuk Mei 2016. Siri drama ini dibintangi Siti Nordiana dan Alif Satar.
Nahas EgyptAir: Kapal tentera Perancis sertai pencarian kotak hitam
Kapal tentera laut Perancis yang mengkhusus dalam pencarian bawah laut menyertai operasi pencarian kotak hitam pesawat EgyptAir yang terhempas minggu lalu.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (16 - 22 Mei)
BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 16 Mei hingga 22 Mei 2016.
Lawatan kerja dibatal, lelaki British hampir jadi mangsa nahas pesawat EgyptAir
Ian Phillips dari Peterborough, England bernasib baik kerana masih hidup selepas lawatan kerja ke Kaherah, Khamis lalu dibatalkan pada saat terakhir.