Penerbit sebuah majalah Jerman yang menjalankan 'temu bual' dengan Michael Schumacher melalui janaan kecerdasan buatan (AI) telah memecat editornya dan memohon maaf kepada keluarga bekas pelumba Formula One itu.
Schumacher, juara dunia tujuh kali, kini berusia 54 tahun, tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak dia mengalami kecederaan otak yang serius dalam kemalangan ski semasa percutian keluarga di Pergunungan Alps pada Disember 2013.
Menurut keluarga Schumacher, mereka merancang tindakan undang-undang terhadap majalah mingguan Die Aktuelle yang dimiliki oleh kumpulan media Funke yang berpangkalan di Essen.
Funke turut memohon maaf dalam satu kenyataan di laman web mereka, pada sabtu.
Pengarah urusan Funke, Bianca Pohlmann berkata, artikel hambar dan mengelirukan itu sepatutnya tidak wujud dan ia sama sekali tidak menepati piawaian kewartawanan.
Susulan itu, tegas beliau, tindakan serta-merta akan diambil terhadap kakitangan yang terlibat.
Ketua Pengarang Die Aktuelle, Anne Hoffmann yang telah memegang tanggungjawab sejak tahun 2009 pula akan diberhentikan daripada tugasnya mulai Sabtu.
Edisi terbaharu majalah Die Aktuelle itu memaparkan muka hadapan gambar Schumacher tersenyum dengan tajuk: "Temu bual pertama Michael Schumacher."
Majalah berkenaan turut menerbitkan tajuk tambahan: “Ia kedengaran seperti nyata.”
Artikel berkenaan turut memaklumkan, petikan jawapan dalam ‘wawancara’ tersebut dihasilkan menggunakaan janaan AI.
Keluarga Schumacher mengekalkan privasi yang ketat tentang keadaan bekas pemandu itu dengan akses terhad kepada mereka yang paling rapat dengannya.
Astro Awani
Sat Apr 22 2023

Penerbit sebuah majalah Jerman yang menjalankan 'temu bual' dengan Michael Schumacher melalui AI telah memecat editornya dan memohon maaf kepada keluarga bekas pelumba Formula One itu. - Gambar fail BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Editor majalah Jerman terbit 'wawancara' dengan Michael Schumacher dipecat
Penerbit turut memohon maaf terhadap penyiaran artikel hambar dan mengelirukan itu.