PERTUBUHAN Pengguna Eropah (BEUC) dan 22 ahlinya telah memfailkan aduan dengan Suruhanjaya Eropah (EC) dan Rangkaian Pihak Berkuasa Pengguna Eropah ke atas Epic Games, Electronic Arts,Epic Games, Electronic Arts, Roblox, Activision Blizzard, Supercell, Mojang Studios dan Ubisoft kerana didakwa menipu pelanggan.

Antara isu yang dibangkitkan oleh BEUC ialah syarikat permainan video itu tidak telus dengan pelanggan khususnya kanak-kanak.

Kos sebenar barangan digital dalam permainan video tidak ditunjukkan dengan jelas menyebabkan ramai berbelanja lebih.

Tambah mereka lagi, hak pengguna dalam pembelian mata wang premium untuk permainan juga dinafikan. Pada masa yang sama di kalangan kanak-kanak permainan video boleh menyebabkan ketagihan.

BEUC menyeru pihak berkuasa bertindak serta menjelaskan bahawa walaupun dunia permainan adalah maya, ia masih perlu mematuhi peraturan dunia sebenar. - Amanz