Parlimen Filipina hari ini mengisytihar Rodrigo Duterte sebagai Presiden baharu selepas menang besar dalam pilihan raya baru-baru ini, namun beliau telah mengabaikan upacara berprofil tinggi itu.
Gabungan sesi Dewan Perwakilan dan Senat di Manila itu secara rasmi mengesahkan pengiraan undi, yang menyaksikan Duterte memenangi proses tersebut dengan majoriti lebih daripada enam juta undi.
Bagaimanapun Duterte tidak hadir ke upacara tersebut, sebaliknya memilih untuk berada di bandarnya di Davao, yang sudah dua dekad ditadbirnya sebagai Datuk Bandar.
Ketidakhadiran Duterte ke upacara pengisytiharan itu telah melanggar tradisi dan mengecewakan sebahagian daripada penyokongnya, sekali gus meletakkan reputasinya sebagai individu yang tidak mengikut kelaziman politik.
“Saya tidak akan hadir upacara itu. Saya tidak pernah hadir mana-mana majlis pengisytiharan dalam hidup saya,” ujar Duterte kepada wartawan di Davao, 900 kilometer dari Manila.
Duterte, yang berjaya memikat hati pengundi kerana ikrarnya untuk membanteras jenayah dalam tempoh enam bulan, dijadual mengangkat sumpah pada 30 Jun.
Duterte sebelum ini berjanji untuk memberikan lebih kuasa kepada pasukan keselamatan, sekali gus mahu ‘mengakhiri nyawa’ ribuan penjenayah. Dalam kempen politiknya, Duterte memberikan kebenaran kepada polis menembak suspek jenayah dadah, selain mahu mengembalikan hukuman mati atas kesalahan itu.
Tokoh bermulut lancang itu juga berjanji akan terus tinggal di Davao sehingga penggal pentadbirannya bermula. Beliau juga sering mengadakan sidang media pada lewat malam di pelbagai hotel, hingga memaksa ahli politik, kumpulan berkepentingan, pemimpin perniagaan dan pengikutnya bersusah-payah datang dari Manila.
Duterte juga sudah mula membentuk Kabinet dari Davao, dengan menamakan ramai ahli politik untuk mengisi jawatan-jawatan penting.
Selain itu, beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan Komunis dan gerila Islam sebagai langkah awal rundingan damai.
Duterte sebelum ini berkata, dia akan terus tinggal di Davao kerana merasakan lebih selesa. Dia juga berulang kali menzahirkan rasa kurang senang untuk menghabiskan masa di Manila, yang disifatkannya sebagai ‘kota mati dan dipenuhi setinggan’.
Agensi
Mon May 30 2016
Duterte memilih untuk terus tinggal di Davao sehingga penggal pentadbirannya bermula. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Duterte abai upacara pengisytiharan sebagai Presiden Filipina
Ketidakhadiran Duterte ke upacara pengisytiharan itu telah melanggar tradisi dan mengecewakan sebahagian daripada penyokongnya.