HAMILTON : Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin, lapor Agensi Anadolu.
"Ia adalah saat yang indah semasa kami berkumpul hari ini (Rabu) apabila kami menerima berita yang sangat positif dari Eropah bahawa Sepanyol, Ireland dan Norway mengumumkan hari ini mereka akan mengiktiraf negara Palestin pada 28 Mei ini. Gelombang Eropah ini, diharapkan akan diikuti oleh gelombang-gelombang lain.
"Negara Palestin layak menjadi negara anggota penuh di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata Mansour kepada media.
Menyedari sokongan yang besar untuk pengiktirafan Palestin oleh majoriti anggota Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan, Mansour berkata: "Sokongan kepada negara Palestin, kemasukannya ke PBB dan pengiktirafan sedang mendapatkan momentum selepas apa yang kami lakukan di Majlis Keselamatan dan apa yang kami lakukan dalam Perhimpunan Agung."
Beliau berkata "kuasa pendudukan" sedang panik menghadapi gelombang ini dan Israel menuju ke arah yang salah dengan mencabar semua orang dan bukannya mendengar suara antarabangsa yang besar.
Mansour kemudian bergambar bersama wakil tetap PBB dari Norway, Ireland dan Sepanyol.
Pengumuman oleh tiga negara Eropah itu dibuat ketika Israel meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera.
Palestin telah pun diiktiraf oleh lapan negara Eropah: Bulgaria, Poland, Republik Czech, Romania, Slovakia, Hungary, Sweden dan pentadbiran Greece Cypriot.
Serangan Israel sejak Oktober lepas mengakibatkan lebih 35,700 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Thu May 23 2024

"Negara Palestin layak menjadi negara anggota penuh di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata Mansour. - Gambar fail/AP

Jenazah ketiga kemalangan di Senawang selamat dikebumikan
Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan Allahyarham Aisar Azim dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir remaja itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [11 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Geegee Ahmad
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi

'Kopi Penumbuk' dikesan kandungi Tadalafil - Agensi Makanan Singapura
Agensi itu menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau mengambil produk yang dipasarkan di platform e-dagang tempatan sebagai produk kopi.
AWANI Pagi: ASEAN Kita: ASEAN & Australia, stronger together
Join us for a special episode of ASEAN KITA as we sit down with H.E. Tiffany McDonald, Australia's Ambassador to ASEAN. We’ll explore Australia’s strategic vision, economic partnership, climate collaboration, and expectations for ASEAN as Malaysia chairs the region in 2025. Stay tuned for insights on the future of ASEAN-Australia ties!

97 kompaun dikeluarkan kepada pengendali makanan bazar Ramadan di Kelantan
Zaini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.

Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin.