Dua puluh empat jam menjelang acara tahunan yang menghimpunkan lebih 3,000 elit-elit politik, kerajaan, korporat dan perniagaan di sini, Forum Ekonomi Dunia (WEF) mendedahkan tinjauan pendapat warga dunia mengenai keperluan meningkatkan kerjasama demi umat manusia.
Tinjauan pendapat terbaharu oleh WEF menunjukkan 57 peratus daripada 10,000 responden daripada pelbagai latar merentasi semua benua berpendapat, kehadiran pendatang ke sesebuah negara memberi manfaat kepada negara tersebut.
Sentimen di Amerika Syarikat juga sama. Lebih 63 peratus responden berpegang kepada pendapat tersebut. Berbeza dengan resam serta citra presidennya, Donald Trump yang dilihat anti-imigran.
Dalam erti kata lain, setiap negara di dunia ini tidak boleh bersendirian. Yang kuat pula, jangan menindas yang lemah seperti bak kata orang Melayu Nusantara, ‘bagai kayu lempung ditebuk kumbang tembus-menembus’.
Istilah yang selama ini tidak lekang di bibir golongan cerdik pandai untuk merujuk kepada senario ini ialah ‘multilateral’. Maknanya, memeluk erat prinsip serta sistem yang mengelak sebarang perseteruan tetapi bekerjasama demi umat ketika era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) ini.
Memahami realiti dunia sekarang ini yang suram dek kerana ketegangan geo-ekonomi (baca: perang perdagangan AS - China), warga dunia memberi isyarat agar mereka yang berkuasa dan berduit perlu memilih jalan yang lebih sejagat sifatnya.
Jika diteliti risiko yang dihadapi oleh umat manusia, rencam dan pelbagai. Tetapi Pengasas WEF, Klaus Schwab menggariskan lima trend yang menjadi ramuan yang boleh membinasakan sejagat.
“Apa yang kita lihat ketika ini ialah masyarakat global mahu pemimpin-pemimpin mereka mencari cari yang baharu dan lebih segar tangani semua cabaran dan masalah secara bersama,” kata Schwab.
Prinsip WEF mengenai keperluan sejagat melalui mobiliti imigran contohnya, bukanlah sesuatu yang asing kepada Indonesia, Malaysia dan rantau Nusantara amnya.
Sejarah panjang tamadun sejak kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah muafakat kontrak sosial yang menjadi rukun bernegara sejak 1957, sentiasa berasaskan prinsip keterbukaan.
Masyarakat menyantuni kehadiran pendatang dan bergandingan membina negara ibarat ‘sekati sama berat, diuji sama merah’.
Kini, elit-elit global yang diselimuti salji tebal (suhunya negatif 15 darjah selsius) di Davos ini sedang meniti pelbagai permasalahan dunia dengan berpaut kepada prinsip manusiawi, prinsip yang menjadi ‘tiang seri’ nilai kemanusiaan rantau Nusantara selama ini.
Tonton Insta Story kru Astro AWANI yang melaporkan perkembangan terkini di World Economic Forum, Davos, Switzerland di sini.
Ashwad Ismail
Mon Jan 21 2019
Elit global di Davos ini sedang meniti pelbagai permasalahan dunia dengan berpaut kepada prinsip manusiawi. -Gambar fail/Reuters
Program Kembara Merdeka platform semarak semangat patriotisme - Rubiah
Program Kembara Merdeka yang diadakan bersempena dengan Bulan Kebangsaan 2024 menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara.
10 Berita Pilihan - (19 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SUKMA 2024: 33 emas jadi rebutan dalam acara seni mempertahankan diri esok
Sukan mempertahankan diri kembali menjadi tumpuan apabila mempertaruhkan 32 daripada keseluruhan 78 pingat emas yang ditawarkan pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 esok.
PETRA serah tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu bernilai RM141.27 juta.
SUKMA 2024: Jonah pecah rekod temasya walau sakit bahu
Atlet meningkat naik dari Sarawak Jonah Chang Rigan melakukan lontaran sejauh 17.66 meter (m) untuk meraih pingat emas acara lontar peluru lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
AWANI Ringkas: Pembelaan Najib kemuka hujah setebal 2,500 muka surat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th August 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Govt launches PuTERA35 to uplift Bumiputera's economy
- World Humanitarian Day: Putting an end to unjust killing in Gaza
#AWANIEnglish #AWANINews
- Govt launches PuTERA35 to uplift Bumiputera's economy
- World Humanitarian Day: Putting an end to unjust killing in Gaza
#AWANIEnglish #AWANINews
7 termasuk suami isteri ditahan, dadah lebih RM10 juta dirampas
Polis menahan tujuh individu termasuk pasangan suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM10 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini pada 12 Ogos lepas.
KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.
Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi SC berkuat kuasa hari ini
Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang telah disemak semula berkuat kuasa hari ini, menggantikan Garis Panduan Pengurusan Risiko Siber (GMCR).
Dunia sedang resah
Elit global di Davos ini sedang meniti pelbagai permasalahan dunia dengan berpaut kepada prinsip manusiawi.