Langit di kota London, England berubah menjadi warna kekuningan pada Isnin kesan dari ribut Ophelia yang membawa debu dari Sahara dan asap dari kebakaran di selatan Eropah sebelum terkena selaran sinaran cahaya matahari.

Fenomena langit kuning tersebut bagaimanapun mengejutkan ramai penduduk London dimana ramai mengambil kesempatan berkongsi gambar dan pengalaman demikian di media sosial.


‘Apabila ribut Ophelia muncul dari Azores, ribut tersebut telah membawa sekali debu Sahara dari Afrika Utara serta debu dari kebakaran di Sepanyol dan Portugal,’ kata jurucakap Jabatan Meteorologi Britain.

‘Warna kekuningan ini berpunca dari debu yang bercampur dengan sinaran matahari menjadikan matahari berubah menjadi lebih merah,’ katanya.

Kejadian itu menyebabkan netizen memberi reaksi terkejut termasuk menyangka dunia sudah di akhir zaman atau menghampiri kiamat.

Antara reaksi-reaksi netizen di Twitter

Meskipun tidak membawa musibah besar, Ireland dilaporkan mencatatkan dua kematian yang dikaitkan dengan fenomenaitu yang dianggap antara kejadian ribut yang paling buruk abad ini.