Penerimaan Resolusi 2728 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata segera konflik Israel-Hamas, dialu-alukan banyak negara di seluruh dunia.
Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen berkata beliau mengalu-alukan penerimaan Majlis Keselamatan PBB terhadap resolusi yang meminta gencatan senjata segera di Gaza, dan melepaskan kesemua tawanan tanpa syarat dengan segera.
"Pelaksanaan resolusi ini penting untuk melindungi kesemua orang awam," kata beliau dalam hantaran di laman X.
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, yang juga membuat hantaran di X , menzahirkan sokongannya dan berkata ia selari dengan pendirian Sepanyol sejak permulaan konflik itu.
"Pelaksanaan dua negara, Israel dan Palestin yang hidup berjiran dalam keadaan aman dan selamat ialah satu-satunya penyelesaian realistik dan berdaya maju untuk rantau itu," katanya.
Duta Perancis ke PBB Nicolas de Riviere menekankan kepentingan penerimaan Resolusi 2728, membangkitkan keupayaan Majlis Keselamatan untuk bertindak tegas apabila kesemua ahlinya melaksanakan mandat mereka.
de Riviere menggariskan keperluan tindakan segera Majlis Keselamatan untuk memecah kebuntuannya dalam situasi di Gaza dan menekankan betapa pentingnya majlis itu terlibat secara aktif dalam usaha untuk mencari satu penyelesaian kepada konflik itu.
Tambahan pula, beliau berkata terdapat keperluan berterusan untuk usaha mendapatkan gencatan senjata yang dapat bertahan lama dan menghidupkan semula proses politik ke arah penyelesaian dua negara.
Wakil Algeria ke PBB, Amar Bendjama, yang mengundi menyokong resolusi itu berkata akhirnya Majlis Keselamatan PBB memikul tanggungjawabnya sebagai organ penting bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli majlis di atas kefleksibelan mereka dan pendekatan membina yang membenarkan kami untuk menerima resolusi yang amat ditunggu-tunggu ini.
Satu resolusi yang menggesa supaya satu gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai yang malangnya masih berterusan sejak lima bulan lepas. Keadaan bermandi darah in telah berlaku terlalu lama," katanya.
Duta Rusia ke PBB, Vasily Alekseyevich Nebenzya berkata Moscow berharap resolusi ini akan digunakan untuk kepentingan kedamaian daripada meneruskan operasi ketenteraan Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap warga Palestin.
Beliau berkata Rusia lebih menyukai gencatan senjata dalam Ramadan ini akan membawa kepada gencatan senjata yang kekal.
"Kami kecewa kerana ini tidak dapat diluluskan. Bagaimanapun, kami percaya mengundi resolusi ini penting untuk keamanan. Majlis perlu teruskan usaha untuk mencapai satu gencatan senjata kekal," katanya.
Majlis Keselamatan PBB pada Isnin meluluskan satu resolusi meminta satu gencatan senjata di Gaza semasa bulan Ramadan yang bermula dari 11 Mac dan dijangka berakhir pada 9 April.
Empat belas negara mengundi menyokong resolusi itu, dibentangkan 10 anggota majlis yang dipilih sementara Amerika Syarikat berkecuali dalam undian itu.
Serangan tentera Israel ke atas wilayah Palestin sejak 7 Okt lepas mengorbankan lebih daripada 32,333 warga Palestin dan lebih 74,694 cedera selain daripada kemusnahan penempatan dan infrastruktur berskala besar dan kekurangan barangan keperluan yang meruncing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Ursula berkata beliau mengalu-alukan penerimaan Majlis Keselamatan PBB terhadap resolusi yang meminta gencatan senjata segera di Gaza, dan melepaskan kesemua tawanan tanpa syarat dengan segera. - Gambar fail/AP Photo/Efrem Lukatsky
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.
Tiada pertukaran tebusan, tahanan tanpa akhiri perang Gaza - Hamas
Hamas menegaskan tidak akan ada perjanjian pertukaran tebusan untuk tahanan dengan Israel melainkan perang di kawasan Palestin itu berakhir.
AS sekali lagi veto draf resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB berhubung Gaza
AS menggunakan kuasa vetonya terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza
Menerusi kenyataan bersama Anwar dan Lula da Silva, kedua-dua pemimpin juga mahu pengwujudan Palestin yang berdaulat.
Rusia jalin kerjasama dengan negara Arab untuk redakan ketegangan di Timur Tengah - Diplomat
Rusia akan berkoordinasi dengan rakan kongsi Arab dan Islam untuk meredakan situasi di Timur Tengah, kata Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova.