JAKARTA: Unit antikeganasan polis elit Indonesia (Densus 88) menahan dua suspek pengganas di Boyolali, Jawa Tengah pada Selasa.

Suspek dipercayai terlibat dalam insiden letupan bom oleh pengebom bunuh diri di Balai Polis Astana Anyar, Bandung pada tahun lalu yang mengorbankan penyerang dan seorang pegawai polis.

"Mereka disyaki menghasilkan bom untuk pengebom bunuh diri itu...," kata jurucakap polis Brigedier Jeneral Ahmad Ramadhan dalam satu kenyataan.

Beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai suspek dan kaitan mereka dengan penyerang.

Pada pagi 7 Dis 2022, seorang pengebom bunuh diri menyerang sebuah balai polis yang terletak di kawasan komersial di Jalan Astana Anyar, membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan 11 yang lain, termasuk tiga pegawai polis.

-- BERNAMA