PATTANI: Dua anggota sukarelawan pertahanan Thailand cedera parah dalam satu insiden letupan bom di Mai Kaen, Pattani.
Ketua Polis Bahagian Kesembilan Mejar Jeneral Nantadech Yoinual berkata kejadian berlaku kira-kira 7 pagi semalam, ketika enam anggota sukarelawan itu menaiki tiga motosikal sedang melakukan rondaan di pekarangan Sekolah Ban Krachut.
"Sebutir bom buatan sendiri seberat empat kilogram yang dipasang pada tong gas dan diletakkan di tepi jalan meletup sebaik ia diaktifkan menggunakan walkie-talkie.
"Letupan itu menyebabkan dua anggota sukarelawan pertahanan parah.
"Mangsa dibawa ke Hospita Mai Kaen sebelum dihantar ke Hospital Pattani untuk menerima rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Insiden berlaku ketika rundingan damai selatan Thailand antara Ketua Panel Dialog Keamanan Wilayah Sempadan Selatan Thailand, Jeneral Wanlop Rugsanaoh dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) sedang berlangsung di Kuala Lumpur selama dua hari bermula semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
Letupan berlaku ketika enam anggota sukarelawan itu menaiki tiga motosikal melakukan rondaan di pekarangan Sekolah Ban Krachut. - Gambar/ AP
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Rakyat Kelantan dinasihat jaga keselamatan di selatan Thailand - PDRM
Rakyat Kelantan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati merancang perjalanan dan menjaga keselamatan ketika berkunjung ke selatan Thailand, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Lapan anggota renjer cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Semua anggota renjer yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Rangae dan Hospital Narathiwat.
Amaran cuaca buruk di wilayah utara dan selatan Thailand
Cuaca buruk itu disebabkan monsun barat daya yang kuat di Laut Andaman dan Teluk Thailand, ditambah dengan kesan limpahan daripada Taufan Yagi.
Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 pelancong Malaysia ke wilayah selatan Thailand
Kebanyakan pelawat dari Malaysia menggunakan pintu masuk Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu di Malaysia untuk menuju ke Sadao dan Betong di Thailand.
MAIWP ingatkan pasangan Malaysia sindiket dokumen nikah palsu di selatan Thailand
Majlis Agama Islam Wilayah Pattani (MAIWP) mengingatkan pasangan dari Malaysia yang mahu menikah di Selatan Thailand supaya berwaspada dengan sindiket yang menggunakan dokumen palsu pihak berkuasa.
Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama
Dengan meneliti situasi sebenar di selatan Thailand, negara-negara OIC dapat mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan masyarakat pelbagai agama.
Thailand dijangka mulakan pembinaan jambatan kembar di sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok pada April 2025
Gabenor Wilayah Narathiwat Trakul Thotham berkata sebelum projek pembinaan jambatan itu bermula, penaksiran kesan persekitaran (EIA) perlu dijalankan.
Malaysia komited untuk memudah cara dialog damai di Selatan Thailand
Malaysia komited bekerjasama dengan Thailand dan semua pihak yang terlibat dalam mencari penyelesaian yang berkekalan dan diterima oleh semua pihak.
Pemimpin Islam Selatan Thailand minta delegasi OIC wujud polisi keamanan negara Islam
Polisi keamanan berkenaan perlu ada satu resolusi dan jalan penyelesaian untuk mencapai keamanan.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.