NEW DELHI: Chicken Butter atau ayam mentega, merupakan salah satu hidangan India yang paling terkenal di seluruh dunia berikutan rasanya yang lazat.
Namun kini, hidangan tersebut telah menimbulkan perbalahan apabila dua rangkaian restoran terkenal India telah membawa kes tuntutan asal-usul Chicken Butter ke mahkamah.
Tuntutan itu, yang kini menjadi topik hangat di India, telah dibawa oleh keluarga di belakang Moti Mahal, jenama restoran terkenal di Delhi.
Mereka juga pernah menghidangkan masakan ini kepada Perdana Menteri pertama India Jawaharlal Nehru dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Richard Nixon.
Pengasas restoran tersebut, Kundan Lal Gujral didakwa menjadi orang pertama mencipta resipi itu pada tahun 1930-an apabila restoran itu mula dibuka di Peshawar sebelum ia berpindah ke Delhi.
Dalam pemfailan mahkamah setebal 2,752 muka surat, ia telah menyaman rantaian restoran saingannya, Daryaganj.
Ia menuduh restoran itu membuat pengakuan palsu bahawa merekalah sebenarnya yang telah mencipta hidangan itu.
Keluarga Gujral menuntut ganti rugi sebanyak AS$240,000, selain mendakwa Daryaganj meniru susun atur laman web beserta "rupa dan rasa" restorannya.
Kes itu pertama kali dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi Delhi minggu lalu dan perbicaraan seterusnya dijadualkan pada Mei.
Daryaganj - yang ditubuhkan secara relatifnya baru-baru ini pada 2019 - menyatakan bahawa ahli
keluarganya, mendiang Kundan Lal Jaggi, telah bekerjasama dengan Gujral untuk membuka restoran Delhi pada 1947 dan hidangan itu dicipta di sana.
Justeru, ia memberinya hak untuk juga membuat tuntutan terhadap penciptaan hidangan itu.
Pertikaian itu telah menarik perhatian negara dengan penyiar TV India menyiarkan segmen mengenai sejarah hidangan itu dan perdebatan yang hangat di media sosial.
Dibuat dengan kepingan ayam masak tandoor yang dicampur dalam kuah tomato dengan sedikit krim dan mentega, hidangan itu menduduki tempat ke-43 dalam senarai "hidangan terbaik" dunia oleh TasteAtlas yang dinilai oleh hampir 400,000 pengguna.
Ia adalah makanan India peringkat kedua selepas roti naan bawang putih mentega.
Kedua-duanya sering digandingkan bersama.
Azib Zikry
Thu Jan 25 2024
Chicken Butter menduduki tempat ke-43 dalam senarai "hidangan terbaik" dunia oleh TasteAtlas yang dinilai oleh hampir 400,000 pengguna. - Gambar hiasan
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Agenda AWANI: Keselamatan Jalan Raya | Jaga Nyawa
Apa sebab utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya khususnya semasa musim perayaan, dan bagaimana penguatkuasaan undang-undang boleh diperketatkan bagi menangani isu ini? Diskusi 8.30 malam
Dua restoran di India berebut pemilikan resipi ‘Chicken Butter’
Moti Mahal dan Daryaganj yang masing-masing mendakwa mencipta resipi 'Chicken Butter' membawa kes itu ke mahkamah.