TEHRAN: Dua pelakon wanita ternama Iran telah didakwa kerana tidak mengenakan tudung sekali gus melanggar kod pakaian negara untuk kaum wanita di negara itu, lapor portal berita Al Jazeera.
Media kerajaan Iran melaporkan, polis Tehran mengheret Katayoun Riahi dan Pantea Bahram ke pengadilan kerana didakwa melakukan "kesalahan menanggalkan tudung di tempat awam dan memuat naik gambar mereka di ruang maya."
Jika sabit kesalahan, kedua-dua pelakon wanita masyhur itu boleh dikenakan denda atau hukuman penjara.
Minggu lalu, gambar Bahram, 53 yang tidak mengenakan tudung ketika menghadiri acara tayangan perdana sebuah filem tular di media sosial.
Sementara, pelakon veteran Riahi, 61, pula pernah ditahan pihak berkuasa pada November lalu kerana disyaki terlibat ‘mengancam keselamatan negara dan mencetus propaganda menentang pemerintahan’ selepas menjadi individu pertama dalam kalangan selebriti yang memuat naik gambar tanpa berhijab sebagai tanda sokongan kepada demonstrasi yang diadakan sekitar September tahun lalu.
Demonstrasi yang berlangsung selama beberapa bulan itu bermula selepas kematian Mahsa Amini, seorang wanita berusia 22 tahun, yang meninggal dunia selepas ditahan oleh polis kerana didakwa tidak mematuhi undang-undang hijab negara yang dilaksanakan tidak lama selepas Revolusi Islam pada 1979.
Sejak tunjuk perasaan itu dibuat, semakin ramai wanita di seluruh Iran meninggalkan tudung yang diwajibkan ke atas mereka, bahkan, sejumlah besar wanita tempatan yang tidak menutup aurat dapat dilihat di kawasan-kawasan umum di Tehran dan tempat-tempat lain.
Ketua Polis Ahmadreza Radan yang dilantik oleh pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei pada Januari lalu mengumumkan, pihak berkuasa ‘serius’ menangani mana-mana rakyat yang melanggar peraturan hijab yang juga ideologi utama kerajaan Iran.
Sejak pengumuman itu dibuat, sejumlah besar kaum wanita telah memuat naik gambar mereka tanpa tudung di pelbagai platform media sosial selain tidak mengenakan pakaian longgar seperti yang ditetapkan oleh undang-undang negara itu.
Awal bulan ini, polis Iran berkata, mereka akan mula menggunakan teknologi pintar di tempat awam untuk membanteras wanita yang melanggar kod pakaian wajib negara itu.
Agensi
Wed Apr 26 2023
Gambar fail menunujukkan seorang wanita Iran berjalan di sebatang jalan. - Gambar REUTERS
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Dua pelakon Iran didakwa kerana tidak berhijab
Katayoun Riahi dan Pantea Bahram didakwa melakukan "kesalahan menanggalkan tudung di tempat awam dan memuat naik gambar mereka di ruang maya."