Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan dua lagi kes jangkitan sindrom novel Coronavirus, atau MERS-CoV.

Salah seorang pesakit itu berusia 72 tahun dari Riyadh dilaporkan mempunyai sejarah penyakit kronik.

Keadaannya kini bagaimanpun dilaporkan semakin stabil.

Seorang lagi pesakit berusia 43 tahun berasal dari Jeddah kini sedang dirawat di unit penjagaan rapi.

Sehingga Jumaat, sejumlah 127 pesakit dikesan dengan jangkitan MERS-CoV di Arab Saudi di mana 53 daripadanya meninggal dunia.

MERS-CoV merupakan virus korona terbaru yang kali pertama dikesan pada 24 September 2012.

Mengikut laporan kajian terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), MERS-CoV dipercayai berpunca daripada kelawar, namun sehingga kini tidak pasti sama ada ia boleh dijangkiti kepada manusia secara terus.