Dua beradik lelaki bertahan hidup bersendirian selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ibu mereka di selatan Arkansas, Amerika Syarikat.
Kedua-dua kanak-kanak tersebut, berusia tiga tahun dan satu tahun, dijumpai berdekatan dengan lokasi kemalangan di Camden, kira-kira 135 kilometer barat daya Little Rock.
Menurut Pejabat Sherif Daerah Ouachita, pihak berkuasa menjumpai kanak-kanak tiga tahun itu terdahulu selepas dia berjalan hampir 300 meter dari lokasi kemalangan.
Adiknya pula dijumpai selamat di dalam kerusi bayi di tempat duduk penumpang belakang kereta mereka yang terbabas di sebuah jurang sungai.
Jurang tersebut agak dalam dan tidak dapat dilihat dari jalan raya utama Highway 24 yang dilalui kereta itu.
Ketika kemalangan, ia dipercayai kerusi pemandu kereta tersebut tercampak keluar dari kereta, menyebabkan kematian ibu mereka, Lisa Holliman, 25 tahun, dari Camden.
Hasil risikan mendapati keluarga itu terlibat dalam kemalangan jalan raya sama ada pada Jumaat atau Sabtu.
Detektif Nathan Greeley dari pejabat sherif berkenaan berkata, ia satu keajaiban kedua-dua kanak-kanak dijumpai hidup kerana cuaca di kawasan tersebut panas terik.
Kedua-dua adik-beradik telah dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Arkansas untuk rawatan lanjut.
Agensi
Wed Aug 22 2018
Dua kanak-kanak berusia tiga tahun dan satu tahun yang terselamat daripada kemalangan minggu lalu. - AP
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Tiga terbunuh, 10 cedera dalam insiden tembakan di Arkansas, AS
Tiga orang maut dan 10 lagi cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kedai runcit di Fordyce, Arkansas, Amerika Syarikat.
Puting beliung badai Arkansas ragut tiga nyawa
Satu kematian dilaporkan di North Little Rock manakala dua lagi dilaporkan di bandar Wynne.
Ribut musim sejuk AS
Ribut musim sejuk melanda wilayah tengah dan selatan Amerika Syarikat sebelum menuju ke wilayah timur laut negara itu.