Muda, cantik dan menagih populariti.
Bagi Saki Kozai, dia menyangka telah menemui cara untuk menjadi terkenal selepas pencungkil bakat terserempak dengannya di Tokyo dan menawarkannya pekerjaan.
Teruja dengan kemasyhuran yang bakal dikecapi, gadis yang baru berusia 24 tahun ketika itu lantas menandatangani kontrak dengan agensi yang diperkenalkan kepadanya, dengan harapan akan menjadi bintang dalam video promosi.
Namun malang baginya, ia bukan sebuah agensi permodelan.
Pada hari pertama di studio, Kozai diarah melakukan hubungan seks di hadapan kamera.
"Saya tidak dapat menanggalkan pakaian. Apa yang saya boleh buat hanyalah menangis," katanya kepada AFP, sambil menambah bahawa dia tidak nampak jalan keluar daripada situasi yang mengerikan itu.
"Terdapat kira-kira 20 orang menunggu di sekeliling saya. Tiada seorang perempuan boleh berkata 'tidak' apabila berdepan situasi seperti itu," katanya.
Kozai, kini 30 tahun, adalah antara wanita yang berani melangkah keluar daripada bayang-bayang untuk menyatakan bahawa mereka telah dipaksa bekerja dalam industri filem lucah yang bernilai berbilion dolar di Jepun.
Filem lucah boleh didapati secara meluas di Jepun yang agak liberal tentang pornografi.
Tetapi sisi gelap industri itu jarang dibincangkan, juga hak-hak mereka yang bekerja di dalam industri itu.
Tuduhan bahawa pelakon wanita dipaksa melakukan adegan seks kejam tanpa kerelaan mendorong industri untuk mengeluarkan permohonan maaf dan menjanjikan perubahan.
Pengakuan itu susulan penangkapan tiga pencungkil bakat di Tokyo pada Jun yang dituduh memaksa seorang wanita untuk muncul dalam lebih 100 video lucah.
Sepertimana Kozai, wanita yang tidak dinamakan itu juga menyangka dia akan menjadi model.
Pengkritik berkata pencungkil bakat memperdaya gadis - termasuk yang di bawah umur - dengan janji beroleh kemasyhuran dalam industri hiburan.
Dalam kes lain, para gadis diperdaya untuk terjebak dengan gaya hidup mewah sebelum mereka dipaksa bekerja dalam industri filem lucah bagi membayar "hutang".
Agensi berkenaan memastikan mereka terperangkap melalui ancaman, ugutan dan penipuan kontrak.
'Tiada pilihan'
Seorang lagi wanita yang enggan dikenali memberitahu AFP bahawa dia ditipu oleh ejen yang berjanji untuk membantunya menjadi penyanyi.
Dia menandatangani satu kontrak yang tidak menyatakan secara jelas tugasnya yang sebenar.
"Agensi itu mencuba berbulan lamanya untuk meyakinkan saya. Saya tidak mempunyai pilihan," kata gadis berusia 26 tahun itu kepada AFP.
Dia menolak pada mulanya. Tetapi seperti Kozai dan wanita lain, dia mengalah juga akibat tekanan.
"Pada mulanya, saya beritahu mereka saya tidak boleh melakukannya," katanya.
"Tetapi apabila saya lakukan juga, ia amat menyakitkan. Namun pasukan produksi tidak pula menghentikan rakaman."
Organisasi bukan berasaskan keuntungan, Lighthouse yang bertekad menghentikan penyeludupan manusia berkata lebih 60 pelakon lucah wanita yang cuba keluar daripada industri itu telah menghubungi mereka pada separuh pertama tahun 2016 - jauh melebihi jumlah pada tahun sebelumnya.
"Kami rasa ini hanya sebahagian kecil daripada bilangan itu," kata jurucakap Lighthouse, Aiki Segawa.
"Kebanyakan mangsa rasa bersalah, sangka apa yang berlaku adalah kesalahan mereka."
Kebanyakan wanita ini berusia di antara 18 dan 25 tahun dengan pengetahuan undang-undang kontrak yang amat sedikit.
Kes melibatkan mereka biasanya sukar untuk dibuktikan di mahkamah.
"Mereka bukan disalah guna atau dikurung ... mereka sebenarnya ditipu," kata Segawa.
Kozai ketagihan ubat penenang untuk mengatasi masalah kemurungan dihadapinya dan diasingkan selepas agensi yakin dia telah memutuskan hubungan dengan keluarga untuk memberikan tumpuan kepada kerjayanya.
"Saya tidak dapat membuat keputusan yang rasional lagi," katanya.
Kozai akhirnya meninggalkan agensi yang mengubah dirinya. Namun dia masih berlakon dalam filem lucah sebagai pelakon bebas.
Satu laporan oleh pertubuhan Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Tokyo menyenaraikan helah kotor yang digunakan oleh pencari bakat filem lucah.
Antaranya, mangsa diancam dengan denda yang amat tinggi untuk keluar daripada kontrak atau diberitahu mereka tidak akan dapat mencari pekerjaan di luar selepas muncul dalam filem lucah.
Pencungkil bakat filem lucah juga muncul di kampus universiti atau rumah mangsa untuk menuntut penalti yang tinggi daripada ibu bapa pelakon jika mereka enggan bekerja, katanya.
Kemurungan, bunuh diri
Tahun lepas, Mahkamah Daerah Tokyo menafikan saman sebuah agensi berjumlah ¥24.000.000 (AS$ 240,000) daripada seorang wanita yang enggan muncul dalam filem lucah.
Menurut pengkritik, ia merupakan satu duluan dan kemenangan daripada aspek perundangan yang jarang berlaku.
Menurut perangkaan industri, Jepun mengeluarkan kira-kira 30,000 filem lucah setiap tahun.
Namun, adalah mustahil untuk menghalang pengedaran filem lucah pelakon yang diperdaya daripada tersebar di era internet.
Seorang wanita yang dipetik dalam laporan itu telah berulang kali menjalani pembedahan plastik untuk melarikan diri daripada kisah silam.
Sementara seorang lagi merancang mengupah peguam untuk menghentikan pengedaran filem lakonannya.
Namun, menurut laporan, dia menggantung diri sebelum kes dibicarakan.
Mariko Kawana, pelakon filem lucah yang kini menjadi penulis novel, menubuhkan sebuah organisasi menggesa keseragaman dan ketelusan kontrak.
"Setiap syarikat filem lucah mempunyai peraturan sendiri - ia harus bersatu untuk melindungi hak-hak pelakon," kata Kawana yang terlibat dalam industri ini atas pilihan sendiri.
Bagi Kozai, yang sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap bekas agensinya, tangkapan dan liputan media mungkin dapat merangsang perubahan, dan membantu wanita lain mengelak daripada diperdaya seperti yang berlaku kepada dirinya.
"Jika saya boleh menjadi contoh, gadis lain yang berdepan masalah ini juga boleh diselamatkan," katanya.
Agensi
Wed Oct 05 2016
![Diperdaya berlakon filem lucah, aktres Jepun dedah taktik licik agensi pornografi Diperdaya berlakon filem lucah, aktres Jepun dedah taktik licik agensi pornografi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61475648821_SakiKozai.jpg)
KOZAI: Jika saya boleh menjadi contoh, gadis lain yang berdepan masalah ini juga boleh diselamatkan. -AFP
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107129_DonaldTrumpJDV.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
![Wanita tikam kekasih ketika lakukan hubungan seks ada rekod dadah - Polis Wanita tikam kekasih ketika lakukan hubungan seks ada rekod dadah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712122173_TBLelakimautjpg.jpg)
Wanita tikam kekasih ketika lakukan hubungan seks ada rekod dadah - Polis
Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula Rabu sehingga 9 April ini.
![Lelaki maut ditikam kekasih ketika lakukan hubungan seks Lelaki maut ditikam kekasih ketika lakukan hubungan seks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712122173_TBLelakimautjpg.jpg)
Lelaki maut ditikam kekasih ketika lakukan hubungan seks
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai menikam seorang lelaki menggunakan sebilah pisau pemotong sayur semasa melakukan hubungan seks di Kuala Krai.
![Ustaz didenda perdaya 2 wanita dengan tawaran pinjaman wang untuk habuan seks Ustaz didenda perdaya 2 wanita dengan tawaran pinjaman wang untuk habuan seks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696913829_mahkamah.jpg)
Ustaz didenda perdaya 2 wanita dengan tawaran pinjaman wang untuk habuan seks
Seorang guru maahad tahfiz didenda RM12,000 atas pertuduhan memperdaya dua wanita dengan tawaran pinjaman wang sehingga mendorang mangsa melakukan hubungan seks.
![Tukang urut tak mengaku lakukan seks tanpa kebenaran Tukang urut tak mengaku lakukan seks tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686711610_KualaPilahtukang.jpg)
Tukang urut tak mengaku lakukan seks tanpa kebenaran
Tertuduh didapati melakukan perhubungan seks dengan cara memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang gadis berusia 21 tahun tanpa kebenaran.
![Lelaki dipenjara 8 bulan ugut tikam isteri, paksa lakukan hubungan seks Lelaki dipenjara 8 bulan ugut tikam isteri, paksa lakukan hubungan seks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664782653_Penjarabulanug.jpg)
Lelaki dipenjara 8 bulan ugut tikam isteri, paksa lakukan hubungan seks
Tertuduh juga memaksa isterinya ambil dadah jenis syabu.
![Berang 15 hari tidak 'dilayan', lelaki tembak isteri dan lempar 3 anak dalam terusan Berang 15 hari tidak 'dilayan', lelaki tembak isteri dan lempar 3 anak dalam terusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/81457226884_GUNSHOT.jpg)
Berang 15 hari tidak 'dilayan', lelaki tembak isteri dan lempar 3 anak dalam terusan
Suspek menembak isterinya dipercayai kerana "enggan berhubungan intim dengannya secara fizikal" sejak 15 hari lalu.
![Model Serbia dakwa ditawar AS$70,000, rakam jalin seks dengan Novak Djokovic Model Serbia dakwa ditawar AS$70,000, rakam jalin seks dengan Novak Djokovic](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616455724_NovakDjokovic.jpg)
Model Serbia dakwa ditawar AS$70,000, rakam jalin seks dengan Novak Djokovic
Sewaktu pertemuan tersebut lelaki itu telah menawarkannya AS$70,000 untuk menggoda Djokovic atas niat menjejaskan perkahwinanya.
![Kanser pangkal rahim ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita muda Kanser pangkal rahim ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-08/41470394382_WomenSick.jpg)
Kanser pangkal rahim ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita muda
Wanita muda lebih berisiko mendapat kanser tersebut iaitu mereka yang berusia antara 29 ke 45 tahun.
![Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyi kelahiran, buang mayat bayi Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyi kelahiran, buang mayat bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61569820912_LogoPDRM.jpg)
Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyi kelahiran, buang mayat bayi
Wanita berusia 22 tahun ditahan di rumahnya di Seri Iskandar selepas polis terima maklumat berkaitan kes menyembunyikan kelahiran dan bau kurang menyenangkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari Sabtu.
![Rogol nenek umur 72 tahun atas alasan lama tidak lakukan seks Rogol nenek umur 72 tahun atas alasan lama tidak lakukan seks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448456872_raped.jpg)
Rogol nenek umur 72 tahun atas alasan lama tidak lakukan seks
Menjadikan alasan lama tidak melakukan hubungan seks, seorang lelaki tergamak merogol nenek berusia 72 tahun dalam kejadian di Tamparuli, Tuaran.