Gara-gara menolak ajakan seks lelaki yang jauh lebih berusia dan berasal daripada kasta lebih tinggi, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipenggal dengan kejam.
Kejadian mengerikan itu berlaku di sebuah perkampungan kecil berhampiran Attur di daerah Salem, Tamil Nadu.
Menurut polis, suspek, Dinesh Kumar telah diberkas dan didakwa di bawah akta kekejaman berdasarkan kasta yang merupakan sebuah undang-undang yang telah wujud di negara itu sejak 1989.
"Dia menggunakan sabit untuk melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Kami percaya lelaki itu berada dalam keadaan waras ketika membunuh remaja itu," jelas jurucakapnya.
Mangsa yang belajar di sebuah sekolah berhampiran pernah mengadu kepada ibunya yang bekerja sebagai buruh tentang 'hasrat' lelaki itu yang telah ditolak olehnya beberapa kali.
Menurut data Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, jumlah perbuatan jenayah terhadap golongan kasta lebih rendah adalah lebih 47,000 kes pada 2016. - Agensi
Sinar Harian
Mon Nov 05 2018
![Dipenggal dengan sabit kerana tolak ajakan seks Dipenggal dengan sabit kerana tolak ajakan seks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71541390883_PENGGAL.jpg)
Penduduk berasal daripada kasta lebih rendah, Dalit sering dinafikan hak pendidikan dan pekerjaan. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dipenggal dengan sabit kerana tolak ajakan seks Dipenggal dengan sabit kerana tolak ajakan seks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71541390883_PENGGAL.jpg)
Dipenggal dengan sabit kerana tolak ajakan seks
Mangsa yang belajar di sebuah sekolah berhampiran pernah mengadu kepada ibunya yang bekerja sebagai buruh tentang 'hasrat' lelaki itu yang telah ditolak olehnya beberapa kali.