BUSHRA al Abdullah dan keluarganya telah memilih untuk kembali semula ke kampung halaman di bahagian barat pinggir Damsyik, Syria secara sukarela.
Namun apa yang disangka indah bertukar mimpi ngeri apabila rancangannya untuk membina hidup baharu di tanah air sendiri selepas bertahun menjadi pelarian di Lubnan tidak kesampaian.
Segalanya bermula di penghujung Julai lalu, ketika melepasi sempadan Lubnan dan memasuki Syria, suaminya telah ditahan pengawal sempadan. Dia bersama dua anaknya menyaksikan sendiri kejadian dan sejak dari saat itu tiada sebarang khabar berita.
Bushra yang kini menumpang bersama saudara di Damsyik mengakui tertarik untuk kembali semula ke Syria melalui program sukarela seperti yang diuar-uarkan tentera rejim Bashar al Assad.
“Mereka yang ingin pulang diletakkan di bawah senarai nama, sebahagian dilulus dan sebahagian ditolak.
“Keluarga saya antara mereka yang dibenarkan. Suami saya telah ditahan meskipun sebelum ini telah berlaku perbincangan antara pihak berkuasa tempatan Lubnan dengan wakil rejim dan pihak rejim telahpun memeriksa senarai nama,” kataya kepada The New Arab.
Jaminan keselamatan diragui
Menurut Ketua Syrian Centre for Legal Studies and Research (SCLSR), Anwar al Bunni, apa yang menimpa suami Bushara adalah perkara biasa bagi penduduk yang dahulunya kawasan mereka dikuasai kumpulan anti kerajaan.
Sebelum ini, pegawai kanan tentera kerajaan, Mejar Jeneral Hassan Ahmed Hassan memberi jaminan kepada mereka yang ingin pulang ke Syria.
Dalam laman sesawangnya, rejim cuba memancing pelarian dengan menawarkan tiket termasuk bagi mereka yang kehilangan pasport dan dokumen perjalanan. Tiket berkenaan hanya sah untuk kembali ke Syria sahaja.
Dalam reaksinya berhubung tawaran yang dibuat, Anwar berkata setakat ini tiada sebarang jaminan undang-undang rasmi dikeluarkan bagi melindungi mereka yang pulang.
Meskipun menggalakkan rakyatnya yang melarikan diri akibat konflik supaya kembali semula ke tanah air, Damsyik mengenakan syarat ketat di mana mereka yang ingin berbuat demikian perlu memiliki dokumen termasuk kad pengenalan, pasport dan dokumen berkaitan. Ketiadaan butiran berkenaan menjadi satu halangan kepada pelarian.
Setakat ini, tiada angka rasmi jumlah sebenar pelarian Syria yang hilang atau dibunuh ketika cuba kembali semula ke negara asal.
Pembunuhan didalangi kumpulan bersenjata
Pada 30 Oktober lalu, portal milik penentang kerajaan, Zaman al Wasel melaporkan pembunuhan yang dilakukan ke atas pelarian Syria yang pulang ke negara asal dan ia dikatakan didalangi kumpulan bersenjata pro Bashar.
Tanpa memberikan sebarang perincian, ia mendakwa perbuatan itu telah didorong oleh perbezaan mazhab.
Pembunuhan yang berlaku menjadi perhatian media selepas Menteri Negara Mengenai Hal Ehwal Pelarian Lubnan, Mouin Merehbi membuat kenyataan berhubung perkara itu pada 4 November lalu.
Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 20 pelarian Syria dilapor dibunuh tentera regim Bashar al Assad dan konco-konconya selepas pulang ke negara asal.
Mouin yang selama ini mengkritik kerajaan Syria dan tidak sebulu dengan sekutunya, Hezbollah, tidak menolak kemungkinan angka pembunuhan lebih tinggi dari apa yang didakwa.
“Sebagai seorang menteri Lubnan, kami tidak mempunyai keupayaan logistik untuk mengakui kesahihan dan mengesah kebanyakan laporan,” katanya seperti yang dilapor The National.
Jelas Mouin lagi, pada masa sekarang, pihaknya tidak mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa Syria atau sebarang sumber dalam negara itu.
Katanya, kes terbaru dikatakan berlaku pada Ahad lepas di mana tiga sekeluarga termasuk dua remaja lelaki telah dibunuh di pinggir Homs.
“Mangsa telah pulang dari Lubnan dalam lapan bulan lepas dan dia (Mouin) berkata kelihatan seperti pegawai tinggi tentera Syria terbabit di sebalik pembunuhan ini,” lapor akhbar itu.
Menurut Mouin, kementeriannya tidak mempunyai bukti untuk mengaitkan sasaran pembunuhan atau dilakukan secara sistematik kepada mana-mana pelarian yang pulang tetapi mengakui keadaan tidak tenteram meskipun di kawasan yang dianggap selamat dan dikuasai kerajaan.
“Sekiranya rejim Syria benar-benar mahukan rakyat Syria pulang, mereka perlu hentikan pembunuhan bila mereka kembali ke kampung halaman,” katanya.
Sebelum ini, proses pulang pelarian Syria di Lubnan tidak diselia oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meskipun Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) membantu kes-kes mereka yang ingin berbuat demikian secara sukarela dengan menyediakan dokumen.
Terdahulu, Keselamatan Awam Lubnan berkata, lebih 80,000 pelarian telahpun pulang dari negara itu sejak Julai 2018. Angka berkenaan termasuk 7,670 yang berbuat demikian melalui bantuannya manakala selebihnya pulang dengan cara sendiri.
Peningkatan mereka yang pulang turut memberi kesan kepada rekod bagi semakan jumlah sebenar pelarian Syria di Lubnan.
Pada 30 September, 952,562 orang pelarian direkodkan berada di negara itu, penurunan seramai 23,440 orang berbanding dengan bancian yang dibuat pada 31 Julai.
Berdasarkan perbezaan jumlah itu, Mouin menyelar angka yang dikeluarkan Keselamatan Awam Lubnan yang disifatkannya telah ditokok tambah bagi mendorong pelarian untuk pulang.
Paling ramaipun, katanya 55,000 orang bukan 80,000 orang seperti yang didakwa.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan UNHCR, sehingga 24 September lalu, sekurang-kurangnya 5.6 juta pelarian Syria berselerak di negara jiran.
Dari jumlah itu, Turki mencatat angka tertinggi di mana lebih 3.5 juta berlindung dan baki 2 juta orang lagi di Mesir, Iraq, Jordan serta Lubnan, selebihnya di negara Afrika Utara. - Agensi/Teks oleh Razali Awang
Syria Care
Sat Nov 10 2018
![Dibunuh selepas pulang Dibunuh selepas pulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51541841267_SAND.jpg)
Apa yang menimpa suami Bushara adalah perkara biasa bagi penduduk yang dahulunya kawasan mereka dikuasai kumpulan anti kerajaan-SCSLR. - Foto Reuters
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![Malaysia kecam tindakan sasar bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria Malaysia kecam tindakan sasar bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712036630_Iranstrike.jpg)
Malaysia kecam tindakan sasar bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria
Malaysia mengecam tindakan menyasarkan bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria, yang telah mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.
![Damsyik gesa masyarakat global ambil langkah hentikan serangan Israel terhadap sasaran awam Damsyik gesa masyarakat global ambil langkah hentikan serangan Israel terhadap sasaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705756618_TBSYRIA.jpg)
Damsyik gesa masyarakat global ambil langkah hentikan serangan Israel terhadap sasaran awam
Serangan udara Israel ke atas Damsyik membunuh lima penasihat tentera Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, termasuk seorang komander perkhidmatan perisikan Pasukan Quds.
![Lima maut dalam serangan udara di Damsyik Lima maut dalam serangan udara di Damsyik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705756618_TBSYRIA.jpg)
Lima maut dalam serangan udara di Damsyik
Lima orang terbunuh selepas sebuah bandar di Damsyik, Syria dilaporkan menjadi sasaran serangan roket yang disyaki milik Israel pada Sabtu.
![Serangan udara Israel di Damsyik mengakibatkan kematian - Laporan Serangan udara Israel di Damsyik mengakibatkan kematian - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676780307_TBturkiye.jpg)
Serangan udara Israel di Damsyik mengakibatkan kematian - Laporan
SANA dan Syria TV melaporkan lima maut di kejiranan Kafr Souseh, manakala SOHR mengeluarkan angka kematian mencecah 15 orang.
![Pasukan Peninjau Khas dijangka tiba di Damsyik malam ini Pasukan Peninjau Khas dijangka tiba di Damsyik malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676474744_ZambrysempadanLu.jpg)
Pasukan Peninjau Khas dijangka tiba di Damsyik malam ini
Pasukan ini akan mendapatkan gambaran sebenar dan membuat penilaian mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan.
![Israel dakwa tiada kepentingan terhadap Syria, Lebanon Israel dakwa tiada kepentingan terhadap Syria, Lebanon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81595811330_bennygantz.jpg)
Israel dakwa tiada kepentingan terhadap Syria, Lebanon
Gantz berkata, bagaimanapun pihaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap Syria dan Lebanon selain faktor keselamatan.
![Dibunuh selepas pulang Dibunuh selepas pulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51541841267_SAND.jpg)
Dibunuh selepas pulang
Bushra al Abdullah dan keluarganya telah memilih untuk kembali semula ke kampung halaman di bahagian barat pinggir Damsyik, Syria secara sukarela.
![Pelarian Syria lancar jenama kasut mewah di Perancis Pelarian Syria lancar jenama kasut mewah di Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71528709791_DanielEssa.jpg)
Pelarian Syria lancar jenama kasut mewah di Perancis
Sungguhpun demikian, beliau kini menjual jenama kasut mewah karyanya sendiri kepada golongan mewah dan hartawan Perancis serta Hollywood.
![Iran nafi akan berundur dari Syria Iran nafi akan berundur dari Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528086909_Damascus.jpg)
Iran nafi akan berundur dari Syria
Kedua-dua negara mempunyai hubungan rapat yang tidak mungkin boleh dipengaruhi oleh propaganda daripada mana-mana pihak.
![Pasukan keselamatan PBB diserang di Douma, misi siasatan ditangguh Pasukan keselamatan PBB diserang di Douma, misi siasatan ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41524091344_doumasyria.jpg)
Pasukan keselamatan PBB diserang di Douma, misi siasatan ditangguh
Serangan ini memaksa mereka untuk berundur ke pangkalan PBB dan menunda misi mereka untuk menyiasat dan mencari fakta di sebalik tragedi berdarah itu.