KUALA LUMPUR: Diaspora Turkiye di Malaysia mula mengundi pada Sabtu untuk pusingan penentuan pemilihan presiden Turkiye yang menyaksikan persaingan antara penyandang presiden Recep Tayyip Erdogan dan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu.
Pilihan raya penentu akan diadakan di Turkiye pada 28 Mei selepas Erdogan gagal memperoleh 50 peratus undi yang diperlukan untuk mengekalkan jawatannya pada pemilihan yang berlangsung Ahad lepas.
Kedutaan Turkiye di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kira-kira 700 rakyat Turkiye di Malaysia layak mengundi kali ini.
Proses pengundian dijalankan di kedutaan selama dua hari bermula Sabtu (20 Mei) dari 8 pagi hingga 10 malam.
"Kertas undi akan dihantar ke Turkiye pada Isnin. Semua undi akan dikira pada malam 28 Mei," menurut kenyataan itu.
Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel, berkata Turkiye sebuah negara demokrasi yang lengkap dengan peraturan dan adat.
"Pusingan pertama pemilihan presiden telah pun selesai tanpa sebarang masalah. Sistem pilihan raya boleh dipercayai, telus dan di bawah pemerhatian berterusan semua pihak yang terlibat," katanya.
Pengundian pusingan pertama telah dijalankan dari 6 hingga 7 Mei di Malaysia.
Sementara itu, pengundi Emre Senyuva, berkata mengundi di luar negara sangat istimewa dan berterima kasih kepada pihak kedutaan kerana memberi peluang kepadanya untuk melaksanakan haknya.
Kira-kira 3.4 juta rakyat Turki layak mengundi di luar negara daripada keseluruhan 64 juta pengundi.
Pada pusingan pertama, Erdogan memenangi 49.5 peratus undi manakala Kilicdaroglu, ketua pakatan pembangkang yang terdiri daripada enam parti, memperoleh 44.89 peratus undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023
Kira-kira 3.4 juta rakyat Turki layak mengundi di luar negara daripada keseluruhan 64 juta pengundi. - Foto Kedutaan Turkiye
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Diaspora Turkiye di Malaysia mengundi dalam pilihan raya penentu
Kedutaan Turkiye di Malaysia memaklumkan bahawa kira-kira 700 rakyat Turkiye di Malaysia layak mengundi kali ini.