SINGAPURA: Singapura bersetuju untuk mengubah status dan mengeluarkan dokumen "Albatross File" yang terkenal, fail yang disimpan Dr Goh Keng Swee menjelang detik pemisahan Singapura dari Malaysia, kata Menteri Kanan Komunikasi dan Maklumat Dr Janil Puthucheary.
Dr Goh berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 1973 dan 1985 dan diiktiraf secara meluas sebagai seorang daripada pengasas Singapura.
"Proses mengubah status dokumen itu telah bermula sejak beberapa lama dahulu dan mengambil sedikit masa disebabkan kerumitan bahan, manakala subset bahan itu adalah sebahagian daripada pameran awam," Puthucheary berucap pada Selasa semasa perbahasan peruntukan belanjawan bagi kementeriannya di Parlimen.
"Satu set dokumen Albatross mengenai pemisahan akan dikeluarkan dalam bentuk buku dan akan diterbitkan akhir tahun ini. Ini termasuk kertas kabinet dan nota Dr Goh mengenai perbualannya dengan pemimpin Malaysia," kata Puthucheary.
Menteri itu juga memaklumkan kepada Parlimen bahawa sejak 2016, agensi kerajaan telah menyemak lebih 7,000 rekod kerajaan yang belum diubah status.
"Ini sebagai tindak balas kepada 2,130 permintaan orang ramai. Secara keseluruhannya, 83 peratus daripada rekod ini telah diluluskan untuk diakses. Secara keseluruhan, kira-kira 68,000 rekod fail telah diubah status dan boleh diakses oleh orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
'Fail Albatross' disimpan Dr Goh Keng Swee, Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 1973 dan 1985 dan diiktiraf secara meluas sebagai seorang daripada pengasas Singapura. - Fail/REUTERS
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Detik pemisahan dari Malaysia: Singapura beri akses 'Fail Albatross' kepada umum
Singapura bersetuju untuk mengubah status dan mengeluarkan dokumen "Albatross File" yang terkenal, fail yang disimpan Dr Goh Keng Swee menjelang detik pemisahan Singapura dari Malaysia.