WAKIL negara ASEAN mengadakan pertemuan dengan pemimpin junta Myanmar pada Jumaat, enam minggu selepas persidangan khas pemimpin ASEAN di Jakarta untuk mencari penyelesaian berkaitan krisis politik di negara itu.
Media tempatan, MRTV melaporkan, Jeneral Min Aung Hlaing bertemu dengan Menteri Luar Negeri II Brunei, Erywan Yusof dan Setiausaha Jeneral ASEAN, Lim Jock Hoi, namun hanya memberi gambaran ringkas rangka perbincangan yang diadakan.
Awal minggu ini, seorang diplomat Indonesia mengatakan tujuan delegasi itu adalah untuk mendapatkan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak untuk melantik utusan khas dalam usaha menyelesaikan krisis.
Mesyuarat khas pada Jumaat itu dilaporkan mendapat sambutan dingin daripada anggota 'kerajaan bayangan Myanmar', iaitu Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
NUG berkata, mesyuarat khas bersama wakil ASEAN yang diadakan itu sepatutnya turut melibatkan pihak mereka dan bukan hanya junta tentera.
"Sebarang perbincangan, setiap pertemuan mengenai masa depan rakyat Myanmar mesti merangkumi rakyat Myanmar, suara mereka mesti didengari," kata Sa Sa, jurucakap NUG.
Mewujudkan utusan khas ke Myanmar bagi menyelesaikan krisis yang berlaku di negara itu adalah antara lima konsensus yang dicapai dalam Mesyuarat Khas ASEAN di Jakarta pada 24 April lalu.
Rampasan kuasa di Myanmar bermula pada 1 Februari 2021 ketika anggota parti pemerintah Myanmar yang dipilih secara demokratik, Aung San suu Kyi digulingkan oleh Tatmadaw iaitu tentera Myanmar.
Kemudian, Tatmadaw mengisytiharkan darurat selama setahun dan menyatakan kuasa telah diberikan kepada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing.
Agensi
Fri Jun 04 2021

Rampasan kuasa di Myanmar bermula pada 1 Februari 2021 ketika anggota parti pemerintah Myanmar yang dipilih secara demokratik, Aung San suu Kyi digulingkan oleh Tatmadaw iaitu tentera Myanmar. - Foto fail/ AP

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.
80 peratus bayar cukai
Lebih 80 peratus daripada pembayar cukai membabitkan individu dan syarikat, mematuhi pembayaran jumlah taksiran yang dibangkitkan oleh LHDN.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

Anak lelaki risau tahap kesihatan Aung San Suu Kyi di penjara
Kim Aris dakwa, ibunya dinafikan akses kepada doktor luar selepas mengalami pening dan muntah.

Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak
Pengampunan separa oleh tentera junta Myanmar terhadap bekas pemimpin yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi tidak mempunyai sebarang makna.

Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi
Thailand berharap pemberian pengampunan itu akan membantu mewujudkan suasana kondusif untuk dialog politik di Myanmar.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan
Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu.

UK umum sekatan baharu terhadap Myanmar, sasar pembekal peralatan tentera
United Kingdom pada Isnin mengumumkan sekatan baharu terhadap Myanmar, termasuk menyasarkan pembekal peralatan ketenteraan kepada junta.

Kerajaan tentera Myanmar nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai
Anggota kumpulan penentangan bersenjata mendakwa bahawa mayat mangsa ditemukan di pekarangan sebuah biara Buddha pada lewat Sabtu lalu.

Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah keganasan.