BOGOTA (Colombia): Protes ganas yang berlarutan di Peru terus meragut nyawa apabila 60 orang disahkan terkorban setakat ini sejak bantahan meletus pada 11 Disember lalu, lapor Agensi Anadolu.
Polis turut menyerbu Universiti San Marcos di Lima dan menahan 200 pelajar.
Kerajaan telah mengisytiharkan darurat di beberapa wilayah yang memberi kuasa kepada tentera untuk campur tangan.
Protes itu diadakan untuk menuntut Presiden Dina Boluarte meletakkan jawatan selepas penyingkiran bekas Presiden Pedro Castillo.
Castillo turut ditahan atas tuduhan pemberontakan apabila cuba membubarkan Kongres dan mengeluarkan dekri untuk mengelak didakwa atas kesalahan rasuah.
Pejabat Pendakwa juga dilaporkan akan membuka kertas siasatan ke atas Boluarte susulan protes yang meragut nyawa orang awam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2023
Sekumpulan anggota polis mengawal pintu masuk Universiti San Marcos di Lima ketika protes besar-besaran sedang berlangsung. - AP
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Tunjuk perasaan bantah undang-undang buruh baharu bertukar ganas
Kalangan pelajar dan pekerja mendakwa undang-undang berkenaan tidak adil, menekan hak pekerja dan menjejaskan alam sekitar.
Letupan Beirut: Pentadbiran kerajaan Lubnan dijangka letak jawatan
Ia berikutan kejadian letupan dahsyat yang mengorbankan nyawa 160 orang dan mencederakan 6,000 orang serta telah meningkatkan kemarahan rakyat tempatan sehingga mencetuskan protes ganas.