Militan IS mendedahkan sebuah video pada Selasa yang dikatakan memaparkan seorang juruterbang Jordan yang dibakar hidup-hidup di dalam sangkar, dalam tindakan paling kejam oleh kumpulan ini terhadap tebusan asing.
Video 22 minit itu menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh yang ditangkap pada bulan Disember diselubungi api yang marak.
Raja Abdullah II memendekkan lawatan ke Washington untuk pulang, sebuah televisyen tempatan melaporkan, setelah Amman mengesahkan kematian juruterbang pejuang berusia 26-tahun itu dan bertekad untuk "beri respon balas yang cukup hebat."
Video tersebut, yang belum dapat dipastikan kesahihannya, menimbulkan kemarahan pegawai dan tentera di Jordan yang berikrar untuk membalas dendam terhadap pembunuhan juruterbang itu.
Seorang pegawai keselamatan berkata, hukuman mati ke atas pengebom berani mati Iraq, Sajida al-Rishawi, serta militan lain akan dilaksanakan pada subuh hari Rabu.
"Hukuman mati akan dijalankan ke atas sekumpulan militan, bermula dengan Rishawi, dan juga Ziad Karbuli dan lain-lain yang menyerang kepentingan Jordan," kata pegawai itu.
Laporan syarikat televisyen tempatan berkata Kassasbeh telah terbunuh pada 3 Januari, sebelum IS membuat tawaran pertukaran dengan Rishawi.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengecam pembunuhan itu yang jelas menunjukkan peribadi IS yang "jahat dan gasar."
Amerika Syarikat akan "melipatgandakan keselamatan dan keazaman di pihak global untuk memastikan "kumpulan itu akhirnya ditumpaskan,” katanya.
Rumah Putih berkata perisikan AS sedang berusaha untuk mengesah kesahihan video itu.
AFP
Wed Feb 04 2015
![IS dakwa bakar juruterbang hidup-hidup, Jordan tekad balas dendam IS dakwa bakar juruterbang hidup-hidup, Jordan tekad balas dendam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71423016100_295x200.jpg)
Video 22 minit itu menunjukkan imej lelaki, dikatakan Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh yang ditangkap pada Disember, dijilat api.
![Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720610950_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung
Dua lelaki terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara.
![Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723709780_TBMaimunah.jpg)
Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
![Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723708293_TBbasmaut.jpg)
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
![Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704773_TBkebakaran.jpg)
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
![Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
![Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723702833_TBKhairulAming.jpg)
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
![Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723696968_SophiaAlbarakbah.jpg)
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
![Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723706198_TBsurirumahmaut.jpg)
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
![Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723294016_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
![Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681358353_lelakibakar.jpg)
Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan
Seorang lelaki yang didakwa membakar bekas teman wanitanya hidup-hidup ditahan di Colombia pada Rabu.
![IS dakwa bakar juruterbang hidup-hidup, Jordan tekad balas dendam IS dakwa bakar juruterbang hidup-hidup, Jordan tekad balas dendam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71423016100_295x200.jpg)
IS dakwa bakar juruterbang hidup-hidup, Jordan tekad balas dendam
Video 22 minit itu menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh yang ditangkap pada bulan Disember diselubungi api yang marak.